Euforia Bola 2026
Drama By: Padin December 25, 2024 @ 9:03pm

Emma Maembong Terjerat Dalam Rumah Tangga Toksik?

Sebuah drama bersiri baharu yang sarat dengan konflik emosi dan dilema cinta, Wanita Milik Kaiden bakal menggegarkan slot Akasia! Diadaptasi daripada novel popular karya Nuriffa dengan judul yang sama, drama ini akan mula bersiaran di slot Akasia pada 26 Disember 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam atau boleh strim di iQIYI pada pukul 8.00 malam secara percuma.

Diarahkan oleh pengarah 7 Hari Mencintaiku, Jamal Khan dan diterbitkan oleh produksi, Cinema Stage Production, Wanita Milik Kaiden merupakan sebuah naskhah yang dijangka mampu meninggalkan impak mendalam kepada penonton.

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Dayang Areeda dan Datin Sri Maria Farida, drama ini menjanjikan lakonan penuh emosi yang mampu menghidupkan setiap watak dengan sempurna.

Drama ini bermula dengan kisah pertemuan yang tak diduga antara Haila (Emma Maembong) dan Erman (Shahz Jaszle), yang menjadi titik permulaan hubungan antara mereka. Namun, di sebalik pertemuan itu, Erman menyembunyikan satu rahsia besar bahawa dia sebenarnya telah bertunang dengan seorang gadis pilihan ibunya, Sarah. Demi memikat hati Haila, Erman merahsiakan status pertunangannya. Dalam masa yang sama, Kaiden (Iedil Dzuhrie Alaudin), sahabat baik Erman sejak zaman universiti, secara tidak diduga mempunyai sejarah hubungan dengan Haila. Mereka pernah menjadi rakan baik sewaktu di kampung, namun satu peristiwa hitam dalam keluarga Haila memaksa Kaiden untuk menjauhkan diri daripadanya.

Kehadiran Haila dalam hidup Erman membawa perubahan besar, namun sikap Erman yang gemar mempermainkan perasaan wanita mula mencetuskan keraguan dalam hati Kaiden. Lebih merumitkan keadaan, Sarah (Rasya Dean) yang hamil mendesak Erman bertanggungjawab ke atas dirinya, sementara ibu kepada Erman, Puan Kamariah (Liza Abdullah) berusaha menyatukan mereka demi membalas jasa keluarga Sarah yang banyak membantunya menyelesaikan masalah kewangan. Haila, seorang gadis yatim piatu, pula merasakan kasih sayang dan perhatian Erman adalah anugerah yang tidak pernah dimilikinya, tanpa mengetahui konflik di sebalik hubungan mereka.

Dalam konflik ini, Kaiden menghadapi dilema kerana dia sebenarnya menaruh hati terhadap Haila sejak zaman sekolah. Situasi menjadi semakin tegang apabila Kaiden mengetahui rancangan perkahwinan Haila dan Erman. Sebagai seorang lelaki yang tahu sisi gelap Erman, Kaiden berdepan cabaran besar, sama ada untuk melindungi Haila daripada menjadi mangsa atau menerima takdir cintanya yang tidak kesampaian. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Kaiden? Mampukah beliau menghentikan niat jahat Erman dan merealisasikan hasratnya yang terpendam sejak sekian lama?

Iedil juga mengungkapkan keterujaan beliau kerana ini merupakan kemunculan pertama beliau di TV3, “Saya sangat teruja kerana ini adalah kemunculan pertama saya untuk slot Akasia di TV3. Ia adalah peluang yang luar biasa untuk saya tampil di kaca tv dan berkongsi cerita serta seni dengan penonton yang lebih luas. Tambahan pula, memegang watak utama dalam drama ini bukan sahaja membawa cabaran besar, tetapi juga memberi ruang yang amat berharga untuk saya berkembang sebagai seorang pelakon. Saya sangat bersyukur dengan peluang ini dan tak sabar untuk melihat apa yang akan datang selepas ini.”

Saksikan bagaimana cinta dan takdir mencorak perjalanan hidup watak-watak dalam cerita ini, penuh dengan cabaran, penyesalan, dan pengorbanan. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Wanita Milik Kaiden yang akan mula bersiaran pada 26 Disember 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Karl Shafek Terharu Dapat ‘Jumpa Semula’ Alpha Selepas 10 Tahun, Kali Ini Dalam Bentuk Kumpulan Muzik!

Pelakon dan pengacara, Karl Shafek mengakui kerjasamanya bersama kumpulan sensasi baharu, Alpha, ibarat satu kebetulan yang begitu bermakna dalam perjalanan karier dan jenama fesyennya, Neonate. Menurut Karl, perkara itu mengingatkan semula detik 10 tahun lalu […]

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

DID LEE MINHO AND SUZY REALLY GET BACK TOGETHER?!

Multiple news sites are reporting that they have gotten back together in a relationship!

Hiburan Mon, 11 Nov 2024

M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Cipta Magis, Emosi Penonton ‘Larut’ Dalam Alunan Muzik Orkestra Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

Datuk M Nasir, Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari gamit memori peminat dalam Konsert amal MPO: Resonance for a Reason sukses!

Trending Tue, 17 Mar 2020
error: Content is protected !!