Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 25, 2024 @ 9:09pm

Anak-Anak Munif Hijjaz Ceburi Bidang Nasyid… Putra Aiman & Haikal Iman Lancar Single Perjalanan

Penyanyi nasyid generasi baharu, Putra Aiman dan Haikal Iman, tampil dengan single terbaru mereka berjudul Perjalanan.

Mewarisi bakat bapa mereka, Munif dari kumpulan Hijjaz, lagu ini berjaya meraih hampir 500,000 tontonan di YouTube selepas dilancarkan pada 18 Oktober lalu dan ia membuktikan penerimaan hangat daripada peminat.

Dengan melodi yang mesra telinga dan lirik penuh makna, pasangan adik-beradik ini bersyukur atas respons positif yang diterima.

“Alhamdulillah, lagu ini menjadi langkah pertama kami dalam industri nasyid tanah air dan diterima baik oleh pendengar. Muzik video yang sarat dengan pengajaran juga banyak membantu menarik perhatian khalayak,” kata mereka.

Menariknya, banyak pendengar menyatakan keterujaan terhadap suara Putra Aiman dan Haikal Iman, yang dikatakan menyerupai suara bapa mereka, Munif, ketika zaman muda.

Sebelum bersama Hijjaz, Munif pernah menjadi pengemudi kumpulan nasyid Nada Murni, menjadikan bakat dalam bidang ini tidak asing dalam keluarga mereka.

Kombinasi vokal kedua-dua adik-beradik ini cukup serasi, membentuk karya yang menyentuh hati dan single Perjalanan dilihat berpotensi besar untuk mendapat perhatian luas dalam industri nasyid dan hiburan tanah air.

“Lagu ini kuat kerana iramanya yang syahdu, disulam dengan korus yang ‘catchy’. Ia meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar,” tambah mereka.

Sejak kecil, Putra Aiman dan Haikal Iman sudah biasa dengan dunia nasyid, sering menjadi penyanyi utama dalam persembahan di sekolah hingga ke universiti.

Putra Aiman, 24, adalah lulusan Perniagaan Digital dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), manakala Haikal Iman, 22, baru sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Diplomatik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

“Kami mahu memastikan bakat yang ada tidak disia-siakan. Meneruskan legasi perjuangan ayah dalam genre nasyid adalah impian kami,” kata Putra Aiman, yang pernah melancarkan single zikir di bawah kendalian Munif Hijjaz Pro pada 2014.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Sep 2021

Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal […]

Featured Tue, 26 Aug 2025

“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Abby mendoakan agar anaknya itu diselamatkan segera dari hubungan toksik.

Trending Tue, 17 Nov 2020
Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Selepas Dilanda Kontroversi, Sufian Suhaimi Terima Tawaran Berganda?

Untuk pengetahuan semua, Sufian juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari Universiti Sultan Zainal Abiddin (UniSZA)

Featured Fri, 15 May 2026
Selebriti Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Thu, 30 Nov 2017

NABILA RAZALI -TAYLOR SWIFT MALAYSIA, WHY NOT?

Kepada mereka yang tidak mengenali Nabila Razali, mungkin mereka sudah pernah mendengar desas- desus sejak beberapa hari ini berkenaan “kisah cinta” nya bersama Aedy Ashraf mahupun video viralnya yang dikatakan “meroyan” kerana ditinggalkan kekasih. 

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

SAYA BUKAN TUNJUK GERSANG – JANNA NICK

Pelakon, Janna Nick mencetuskan kontroversi apabila adegan “bercium” bersama Fattah Amin dikritik netizen

Trending Fri, 15 Jun 2018

Nick Jonas Perkenalkan Priyanka Chopra Kepada Keluarga. Bukti Hubungan Mereka Serius

Bawa Priyanka ke majlis perkahwinan keluarganya, bukti hubungan Nick Jones dengan pelakon Bollywood itu serius.

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

error: Content is protected !!