Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 31, 2024 @ 11:46am

Bekas Editor Kongsi Foto & Keadaan Terkini Anita Sarawak… Mengaku Sudah Bersara Dari Menyanyi -“Pilih Kehidupan Berbeza, Lebih Privasi & Selesa”

Selepas pelbagai versi cerita timbul mengenai ‘kehilangan’ selebriti terkenal, Anita Sarawak, bekas Editor Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil tampil berkongsi foto dan perkembangan terkini mengenai penyanyi itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Roslen atau lebih mesra dipanggil Slen mendedahkan bahawa pada Oktober lalu dia telah diminta untuk membantu seorang promoter projek bagi mendapatkan Anita untuk sebuah konsert mega tribute buat komposer legenda, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Lumpur pada 2025 nanti.

 

Namun, dalam usaha mendapatkan figura terkenal itu, Slen bagaimanapun meminta pertolongan daripada adik angkat Anita yang juga bekas wartawan, Shuib Taib.

“Hakikat ini kerana promoter berkenaan berhasrat menganjurkan sebuah konsert mega tribute buat komposer legenda, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Lumpur sekitar 2025.

“Lantaran Anita menjadi salah seorang bintang handalan yang turut tersenarai dalam kertas cadangan itu untuk beraksi dalam konsert mega itu bersama ramai lagi penghibur lain yang pernah digilap oleh Adnan. Anita pernah merakamkan lagu Cintamu Muzik Di Hatiku ciptaan Adnan daripada lirik karya Seri Bayu.

“Demi mendapatkan Anita, Abang Slen meminta bantuan adik angkat Anita, bekas wartawan Shuib Taib utk menghubungi Anita dan suaminya, Abang Mahathir di Las Vegas dengan harapan mereka akan bersetuju. Sesudah Shuib berjaya menghubungi mereka, akhirnya kami mendapat jawapan daripada Abang Mahathir melalui WhatsApp,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 10 Tahun, Noor Kumalasari Terubat Rindu Dengar Suara Anita Sarawak… Dedah Keadaan Terkini – “Dia Masih Belum Bertudung & Badan Agak Bersisi”

ARTIKEL BERKAITAN:Kali Terakhir Berhubung Pada 10 Tahun Lalu, Noorkumalasari Rindu Anita Sarawak – “Kami Tak Nak Cari Dia Di Sana Sebab…”

Terima pesanan mesej dari Mahathir

Mendengar jemputan yang diberikan, suami kepada Anita iaitu Mahathir memaklumkan, bahawa isterinya berasa sedih dengan kehilangan komposer berbakat itu.

Sekaligus, meminta maaf kerana terpaksa menolak jemputan untuk mengadakan konsert memandangkan Anita kini sudah bersara dari bidang nyanyian dan memilih kehidupan yang lebih privasi dan selesa.

“Hi Shuib, Terima Kasih kerana sudi menghubungi. Apabila saya memaklumkan kepada Kak (Anita) tentang konsert tribute Adnan, Kak merasa begitu sedih, terkenangkan waktu yang pernah dikongsi bersama Adnan, salah seorang produser terbaik sepanjang zaman.

“Harap kirimkan salam kami kepada ahli keluarga Adnan dan beritahu mereka bahawa mereka seharusnya berbangga dengan bakat unik dan hebat ayah mereka itu.

“Berhubung undangan persembahan itu, Kak ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan terhadapnya. Bagaimanapun, seperti yang diketahui, Kak sudah pun bersara ke arah kehidupan yg berbeza, lebih privasi dan selesa dengan situasi sekarang,” jelasnya.

“Jadi mohon sampaikan kemaafan kami kepada pihak penganjur dan kami amat menghargai segala tanda ingatan,” jelasnya.

Menurut Slen, jawapan dan keputusan yang diberikan Anita mungkin mengecewakan ramai pihak, namun itu adalah keputusan dan pendirian penyanyi itu yang harus dihormati.

Justeru, Slen sempat berkongsi foto pasangan bahagia itu untuk tatapan peminat sekaligus menjawab segala persoalan berhubung ‘kehilangan’ Anita.

“Demikianlah catatan Abang Mahathir dengan penuh budi bahasa. Jawapan yang mungkin mengecewakan jutaan peminat Anita Sarawak.

“Namun itulah hakikat perubahan yang telah terjadi kepada penyanyi ‘Akhirnya Kini Pasti” itu.

“Pun begitu dengan khabar terbaharu dan foto mereka berdua yang saya kongsikan di sini, ia sekurang-kurangnya dapat mengubati kerinduan peminat terhadap Kak Nita,”ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Nov 2019
Trending Mon, 6 Aug 2018

Robbers Steal Drugs Worth RM30.4 Million in Daring Heist

Luckily no one got seriously injured.

Drama Sat, 29 Mar 2025

Watak Ansara ‘Keluarga Itu’ Didakwa Sama Dengan Kehidupan Realiti Fattah Amin? Ini Respons Tuan Badan

Lakonan Fattah Amin, didakwa mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya.

Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Keadaan Kesihatan Membimbangkan, Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN

Allahuakbar, semoga dipermudah segala urusan Azlee 😢

Featured Fri, 7 Oct 2022
Trending Wed, 17 Feb 2021

Elak Kekeliruan, KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar

Tu lah kata syarat pengeluaran sudah dimansuhkan …

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 12 Jun 2025
Trending Fri, 3 Jan 2020

1月4日有流星雨!每小时预测可看到约120颗流星划过

没有看过「流星雨」的朋友注意啦!本周六(1月4日)将出现预计每小时120颗流星划过天际。

Featured Thu, 28 Oct 2021

“Jangan Selalu Makan Pedas Nanti Sakit” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Abaikan Nasihat Ibu

Seorang gadis terpanggil untuk menegur selera makan penggemar masakan pedas yang melebihi had yang sepatutnya kerana ia bakal memberikan kesan kepada kesihatan. Seorang pengguna TikTok bernama @mrshya berkongsi kepada orang ramai tentang kesan buruk makan […]

error: Content is protected !!