Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 31, 2024 @ 11:52am

Mahkamah Beri Kebenaran, Vivy Yusof & Suami Terima Pasport Sementara Tunai Umrah

Permohonan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah diluluskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Menurut Hakim Rosli Ahmad, pasport diserahkan kepada Vivy Sofinas Yusof, 36, dan Fadzaruddin, 35, menerusi peguamnya selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan terhadap permohonan itu.

“Permohonan pasport dibenarkan bermula pada 31 Disember (hari ini) dan dikembalikan kepada mahkamah pada 15 Januari,” katanya.

Terdahulu, peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan suami isteri itu memohon pasport diserahkan sementara kepada anak guamnya yang akan bertolak ke Arab Saudi pada 5 Januari untuk menunaikan umrah.

“Kedua-dua anak guam akan pulang ke Malaysia pada 14 Januari. Oleh itu, pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 15 Januari.

“Saya mohon pasport diserahkan hari ini kerana ketiadaan pasport menyukarkan proses mendapatkan visa dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan itu selepas Fadza memaklumkan bahawa perancangan ke Tanah Suci dilakukan selepas pertuduhan.

Terdahulu, pada 5 Disember lalu, Vivy dan Fadzaruddin Shah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet Sdn Bhd (FV) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan harta iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana pelaburan itu, dengan curangnya membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FV kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Plaza Damansara, Bukit Damansara, pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda.

Rosli membenarkan Vivy dan Fadzaruddin masing-masing dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin, dan pasangan itu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali, serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 22 Januari depan.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 16 Jan 2022

Beri Bantuan Kepada Ezad Lazim, Yanzten & Ramai Lagi, Yayasan Metamorphosis Hulur Sumbangan Golongan Terjejas Banjir

Pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan individu dan perseorangan terus mencurah bakti dengan menghulurkan bantuan dalam usaha meringankan beban ditanggung mangsa banjir akibat bencana alam yang menimpa sekitar Selangor dan Pahang, baru-baru ini. […]

Featured Sun, 17 Apr 2022

“Keputusan Saya Untuk Pulang ke Malaysia Adalah Disebabkan…” – Kes Pelanggaran Kontrak Ben Amir Akhirnya Selesai

Kes pelanggaran kontrak Ben Amir dengan syarikat produksi telah selesaikan di mahkamah.

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Trending Mon, 4 Jun 2018

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie.

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

‘Mula-Mula Takut…’- Jaja Iliyes Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Micheal Ang

Bintang semakin menyinar ini katanya teringin bawa watak perempuan psiko.

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

‘Siapa Yang Tak Move On Ni’, Intan Liana Tuju Pada Siapa?

Kes cerai wanita bernama Intan Liana Saleh antara isu yang mendapat perhatian orang ramai sejak 22 Mac lalu. Biarpun dirinya bukanlah seorang artis, nama Intan mula menjadi bualan selepas bekas suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid […]

Featured Wed, 18 Jan 2023

Main Badminton Bersama, Gelagat Syed Saddiq & Amelia Henderson Curi Tumpuan – “Dua-Dua Memang Super Competitive!”

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah bertemu bersama pelakon dan pengacara, Amelia Henderson menerusi sesi temu bual dalam podcast Studio Sembang, sebelum ini. Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Dedah Tabiat Pelik […]

error: Content is protected !!