Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 3, 2025 @ 11:16am

“Kalau Dah Tak Ada Persefahaman Mengapa Perlu Teruskan” – Hafiz Suip Mengaku Kini Dalam Proses Bercerai

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip mengaku dia kini dalam proses perceraian bersama isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah.

Kata Hafiz menerusi temu bual bersama program Melodi, status hubungannya kini masih lagi sebagai suami isteri namun, kedua-duanya sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

“We still husband and wife. It is just that we not stayed together kerana kita dalam proses cerai. Dan sekarang juga dalam proses nego the custody anak-anak.

“Solusi saya adalah saya nak menyelesaikan perkara ini dengan baik dan tak ada gangguan daripada pihak lain.

“So far everythings goes well, cuma kes mahkamah je lagi. Tapi kes mahkamah ni biar saya simpan sendiri.

“Saya nak yang terbaik. Kalau betul kita dah tak ada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara yang baik. Kita tak nak merumitkan keadaan. Biar semua baik. Jangan anak-anak dijadikan mangsa keadaan.

“Saya masih boleh melawat anak-anak, cuma itu lah,” ulasnya.

Ketika disoal mengenai isu tersebut dan apakah dia sanggup melafazkan cerai terhadao isterinya, Hafiz bagaimanapun menerima takdir dan tidak mahu mementingkan diri sendiri.

“I have to face the fact. Pada mulanya memang agak sukar memandangkan itu adalah orang yang kita sayang dan semestinya tidak mudah untuk dilakukan. But, tak boleh selfish.

“Kalau memang dah tak ada persefahaman kenapa perlu teruskan. No matter what happend anak-anak kita kena jaga bersama. Sebab kid nowdays kena bagitahu supaya mereka faham,” katanya.

Mengaku perkara ini sudah berlajutan selama setahun, Hafiz berharap dan berserah segalanya kepada Allah bagi mengubat kerinduannya terhadap anak-anak.

“Saya doa yang terbaik dan selebihnya kita berserah. Saya tak nak tambah masalah lagi sebab masalah tu berlaku setiap hari jadi saya harap anda semua faham kenapa saya begini.

“Kita pun ada kehidupan masing-masing yang kita sendiri pun tak tahu masa depan kita bagaimana. Tapi, apa apa pun berdoa lah. The most powerful thing is berdoa.

“Saya reda dan berserah kepada Allah kerana saya percaya yang tenang dan senangkan hati adalah Allah dan bukannya manusia,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Akui ini juga berkongsi bahawa dalam perkahwinan, selain orang luar, ahli keluarga juga boleh menjadi pihak ketiga yang mampu memporak-perandakan sesebuah rumah tangga.

 

Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Apr 2026

“Mohon Maaf, Harap Boleh Buka Lembaran Baharu & Fokus Perkara Positif” – Muaz Zabir Rayu Henti Ungkit Isu Lama

Mohon maaf, Muaz Zabir meminta agar sesetengah pihak berhenti mengungkit isu lama.

Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Netizen Buka Cerita Lama Sampai Caci Maki, Ashira Mohon Hormat Pemergian Bad Indigo – “Mana Adab Kamu Semua?”

Allah.. jaga-jaga sikit bila bercakap. Itu ujian buat Ashira. Netizen jangan pandai-pandai.

Featured Tue, 16 Dec 2025

Netizen Kongsi Cerita Mengemis Kasih Sayang Suami, Respons Nadia Annuar Curi Perhatian – “Saya Pun Dah Return Factory Sebab…”

Jawapan Nadia nyata mengundang reaksi netizen apabila ia disampaikan dalam nada berseloroh, namun sarat dengan sindiran halus.

Trending Mon, 25 Mar 2019

Peminat Kpop Mungkin Boleh Lepak Di Kafe EXO Lepasni Ye!

Boleh lah lepasni korang serbu dan buat ootd dalam kafe tu. Hiks,

Featured Thu, 4 Feb 2021

“Ya Allah.. Kesiannya Tengok” – Netizen Sayu Lihat Keadaan Gadis Menderita Serebral Palsi

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis berusia 20 tahun yang menderita penyakit serebral palsi  dan epilepsy. Foto tersebut dikongsi oleh ribuan orang ramai yang turut bersimpati […]

Hiburan Fri, 15 Dec 2023
Featured Mon, 4 May 2026

Dahlia Rizal Perjelas Status Hubungan Dengan Isteri Radin – “Dia Adalah Kakak Dari Ibu & Ayah Yang Berlainan”

Dahlia Rizal tampil menjawab persoalan yang timbul mengenai status hubungannya bersama isteri kepada penyampai radio, Radin iaitu Nur Amirah Shamsulbahrin.

error: Content is protected !!