Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 13, 2025 @ 1:12pm

Amira Othman Perjelas Dakwaan Bercinta, Mengaku Hanya Tumpang Populariti Fattah Amin

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Amira Othman semakin mendapat perhatian apabila timbulnya dakwaan kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor popular, Fattah Amin.

Bagaimanapun, Amira memaklumkan, hubungan mesra yang terjalin antara dirinya dan Fattah hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Sekali gus mengaku tindakannya itu sekadar menumpang populariti duda anak satu itu.

“Siapa pun yang bekerjasama dengan Fattah ketika ini pasti menumpang populariti yang dia ada. Saya berterima kasih kepada Fattah dan pihak pengurusan dia kerana sudi bekerjasama.

“Saya anggap ini juga rezeki dapat bekerjasama dengan Fattah untuk projek lagu ‘Bila Nak Kahwin’. Saya harap gimik ini tidak keterlaluan,”katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

 

Mengulas lanjut, pemilik nama penuh Nadia Amira Othman, 31, tampil memohon maaf dengan gimik yang dilakukannya untuk lagu terbaharunya berjudul ‘Bila Nak Kahwin’.

Menurutnya, dia sedar terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu apatah lagi isu rumah tangga Fattah dan Fazura masih diperkatakan sehingga kini.

“Saya harap gimik ini tidak melukakan hati peminat saya, sebab sebagai seorang seni saya hanya berkarya dan cuba sesuatu baharu. Saya tanggung segala risiko, terima segala kritikan.

“Saya sedar apabila orang di luar sana ada yang suka dan ada yang tidak dengan gimik dilakukan untuk lagu ‘Bila Nak Kahwin’ yang melibatkan Fattah Amin.

“Saya minta maaf jika ada yang kurang senang dengan gimik dilakukan, ini hanya sebahagian daripada tujuan kerja sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, Amira disebut sebagai antara wanita yang menjalin hubungan mesra dengan Fattah selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri, Nur Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat ‘Restu’ Hubungan, Fattah Amin Tak Nafikan Sedang Berkawan Dengan Amira Othman – “Saya Hanya Boleh Berdoa & Berusaha”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dia Orang Yang Sangat Baik” – Terbuka Berkenalan Dengan Duda, Amira Othman Mengaku Berkawan Dengan Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Ditanya ‘Bila Nak Kahwin’… Netizen Dakwa Gosip Cinta Fattah Amin & Amira Othman Sekadar ‘Marketing’

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Ada Bakat Menyanyi, Berlakon Pun Bagus” – Fattah Amin Cari Live Host, Netizen Berpakat Petik Nama Amira Othman

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Soal Tak Takut ‘Expired’ Ke Lambat Kahwin… Didakwa Terlalu Memilih, Ini Respons Amira Othman

ARTIKEL BERKAITAN:Video ‘Recap’ 2024 Raih Tumpuan, Kapsyen ‘Hati Hati’ Jadi Tanda Tanya… Netizen ‘Approve’ Fattah Amin & Amira Othman? 

 

Sumber: Ohbulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Dec 2022

2022 Tahun Penuh Erti, Hana Ismail Suntik Semangat Netizen Untuk Kekal Positif

Pengacara Hana Ismail menyuntik semangat netizen untuk kekal positif biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan pada tahun 2022. @hanaalmauzah_Episod 3 | TERIMA KASIH KENANGAN ✨♬ original sound – Hana ismail Menerusi perkongsian di laman TikTok, Hana […]

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Sat, 5 Feb 2022

Istikharah Hasil Kolaborasi Kumpulan Nasyid Mestica Dengan Datuk Hattan

Kumpulan nasyid Mestica kini muncul dengan single baharu berjudul Istikharah, kolaborasi dengan penyanyi terkenal Datuk Hattan. Selepas kali terakhir muncul dengan album Projek Palestin – Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013, […]

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Events Wed, 12 Feb 2020

[VIDEO] “Persembahan Aina Tak Ada Unsur Insinuation”- Peguam Ini Buka Mulut

Semoga tiada lagi kontroversi yang timbul lepas ni

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

error: Content is protected !!