Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 13, 2025 @ 2:06pm

“Sunnah Makan Adalah Bercakap” –  Zahiril Adzim Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen

Pelakon berbakat, Zahiril Adzim tampil memberikan respons susulan tindakan segelintir netizen yang menegurnya supaya tidak becakap ketika makan pada sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Kata Zahiril, persepsi masyarakat terhadap kenyataan ‘ tidak manis bercakap ketika makan’ adalah salah.

Sebaliknya, bercakap ketika makan adalah sunnah yang diajarkan Rasullullah SAW, namun tidak manis jika disertai dengan tindakan mengunyah.

“Makan jangan bercakap, that’s wrong! Saya kena betulkan benda ni, sunnah makan adalah bercakap. Jangan mengunyah. Masa bercakap tu jangan mengunyah. Masa mengunyah kalau boleh jangan bercakap. Tapi waktu makan sunnahnya adalah bercakap,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon filem Riversi ini menjelaskan, masyarakat hari ini sebenarnya telah diremehkan dengan ajaran orang bukan Islam mengenai etika sewaktu makan (table manners).

“Jadi selama ni kita diomok-omokkan atau diolok-olokkan dengan makan jangan bercakap (table manners), itu semua kafir punya agenda. Kalau tak percaya pergi tanya ustaz.

“Kalau orang kata makan jangan becakap, itu salah. Mulut penuh jangan bercakap betul. Masa tengah mengunyah jangan bercakap  itupun bukannya berdosa cumanya tak manis.

“Sebabnya sebelum ini saya ingat makan kena behave, kena diam, tak boleh bercakap. Kena ada tertib atau kena ada table manners. Itu semua ajaran-ajaran bukan agama kita.

“Tapi sunnahnya, makan bercakap. Sebab waktu makan itu (makan dalam dulang) adalah sunnah. Jadi waktu makan dulang tu adalah waktunya untuk kita bersilaturrahim,”jelasnya.

Meskipun sudah memberi kenyataan jelas mengenai situasi ‘table manners’ itu, Zahiril bagaimanapun dilihat berkongsi semula petikan ceramah yang dibuat oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengenai kenyataan tersebut.

“Apakah hukum bercakap masa makan? Jawabnya boleh bercakap masa majlis makan cuam dilarang bercakap masa sedang mengunyah makanan.amai orangs alah faham.

“Kerana masa makan dia lain, masa mengunyah lain. Contohnya, kita duduk majlis makan empat orang dekat kedai kopi. bila makan roti tu makruh bila bercakap sebab perbuatannya adalah mengunyah. Melainkan makanan telahpun ditelan maka harus bercakap.

“Kalau ada orang cakap selagi tak habis makan roti dan nasi tak boleh bercakap, itu tindakan yang bodoh keraan orang tersebut tidak mahu belajar. Sedangkan bercakap, berbual masa makan adalah sunnah nabi SAW. Dan ia disebut dalam kitab-kitab sunnah, kerana nabi berbual ketika sedang makan,”ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 Nov 2019
Trending Fri, 23 Oct 2020

Masjid, Surau Di Zon Merah Di Pulau Pinang Masih Dibuka

Walaupun beberapa kawasan di Pulau Pinang, diisytiharkan zon merah, namun kerajaan negeri belum memutuskan untuk menutup masjid dan surau di kawasan yang berada dalam zon merah Covid-19 di negeri itu. Aktiviti keagamaan di masjid dan […]

Featured Mon, 6 May 2019

Inilah perbezaan di antara Krim BB dengan Krim CC. Jangan tersalah pakai!

Pilih produk yang betul dan yang kulit anda perlukan!

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Sat, 25 Jan 2020

“Saya Ambil Masa 10 Tahun Buka Rantai, Jam Emas Rolex” – Caprice Backing MK K-Clique?

Hukum agama memang tak boleh bawak bincang sebenarnya…tapi doakan je lah yang baik-baik.

Trending Tue, 2 Jan 2018

MONEY SAVING TIPS: THIS MAN STASHED RM3,900 IN ONE YEAR WITH THIS SIMPLE STEP

Money is hard to come by these days. Though we may be earning a lot, prices for everyday items are also shooting through the roof. Check out how this man easily saves up RM3,900 in a single year!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Apwiter, Afif Tirmizie Pertaruh ‘Genggam’, Gabungan Hip Hop & Warisan Melayu!

Afif Tirmizie teruja lancar lagu baharu berjudul Genggam

error: Content is protected !!