Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 13, 2025 @ 4:39pm

Bawa Watak Perempuan Meroyan & Delusional, Sara Ali Akui Filem Bisikan Dosa Mencabar – “Lama Saya Tak Beraksi Dalam Naskhah Seram Begini”

Pelakon Sara Ali mengaku watak yang ditawarkan dalam filem terbaharunya berjudul, Bisikan Dosa adalah berat dan mencabar.

Katanya ketika ditemui XTRA, ketika ditawarkan naskhah berkenaan, dia dan guru lakonnya iaitu Farah Ahmad menyukai skrip tersebut sekaligus mengambil peluang untuk berlakon dalam filem bergenre seram.

“Saya dapat tawaran ni sebab saya rasa watak ni memang berat dan saya pilih pun sebab kawan-kawan yang bekerja dalam cerita ni minta dan pujuk saya untuk bawa watak Sarimah dalam filem ini.

“Selain sudah tiga bulan saya tidak berlakon, saya juga agak lama tidak beraksi dalam naskhah seram sebegini,” katanya.

Sara berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui usai majlis tayangan filem Bisikan Dosa yang diadakan di TGV, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai wataknya pula, Sara mengaku dia kini memilih naskhah lakonan selain mahu mencabar diri membawakan watak sebagai perempuan meroyan dan mengalami gangguan delusi (delusional disorder).

“Selain melihat kepada skripnya yang menarik, saya juga mahu tengok sejauh mana kemampuan saya memabwakan watak Sarimah ini.

“Mana tidaknya, saya bimbang jika orang tidak boleh membezakan watak Sarimah yang terkena gangguan dan babak akhir dimana Sarimah ada scene fight dengan Juliana Evans.

“Tapi yang penting, saya risau kalau orang lain tidak dapat menjiwai atau merasakan babak yang dilakonkannya,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sara yang mengaku terkejut kerana ditawarkan dua filem serentak temasuklah filem prekuel Bisikan Dosa meluahkan rasa syukur dan memberikan persembahan yang terbaik terhadap lakonannya.

“Saya juga tidak jangka akan terbabit dengan projek dua filem tapi anggap ia sesuatu pengalaman yang baru. Tapi kalau diberi tempoh lebih lama untuk shoot filem, saya pasti boleh beri lakonan yang lebih bagus lagi.

“Apapun, saya sudah buat yang terbaik dan sama ada lakonan itu diterima atau tidak, saya serahkan pada penonton untuk menilainya,”ujarnya.

Selain Sara, antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah, Farid Kamil, Sherie Merlis, Che Puan Juliana Evans, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Feb 2023

PU Riz Wish Birthday Neelofa, Tapi Ucapan Akhir Jadi Perhatian – “Sekarang Bukan Gemuk, Tapi..”

Awhhhh sweetnya ucapan birthday Haris untuk Lofa ❤️❤️❤️

Events Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Ara Nak Buang Sikap Baran

Saya mahu jadi lebih matang. Lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. Dalam masa sama membuang jauh sikap baran. Baguslah kalau Ara dah berniat begitu…

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pastikan dapatkan nasihat pakar dulu ya kalau ada penyakit sebelum cuba perubatan tradisional..

Featured Sat, 12 Apr 2025

Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”

Neelofa sebak menyaksikan Aisyah bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya .

Events Tue, 15 Apr 2025
error: Content is protected !!