Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 16, 2025 @ 12:22pm

Nash, Zamani, Ameng & Jatt Ali Bergabung Dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat

Empat penyanyi legenda, Datuk Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali bakal bergabung dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat.

Pertama kali akan bergabung di atas satu panggung, konsert ini bakal diadakan pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Nama-nama besar ini pada suatu ketika dan ada sehingga kini telah menyemarakkan industri muzik apabila menjadi frontman kugiran popular seperti Lefthanded (Nash), Black Dog Bone (Jatt Ali), Spring (Ameng) dan Zamani Slam.

“MUSE+ dengan penuh teruja dan bangga membuka tahun 2025 menerusi Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat yang julung kali diadakan untuk memberi pengalaman istimewa kepada penonton dengan membangkitkan nostalgia serta bagaimana muzik mampu menyatukan hati dan jiwa semua generasi.

“Signifikan dengan konsep yang dibawakan iaitu Hitster dan Otai Sangat Menyengat maka Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali adalah vokalis paling layak mengisi konsert edisi perdana ini.

“Pemilihan Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat yang dijadual berlangsung pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre adalah berdasarkan jenama dan karya-karya hit yang telah dinyanyikan lalu menjadi pujaan peminat meski zaman berubah.

“Tanyalah siapa yang tidak pernah mendengar lagu Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Tak Mungkin Berpaling (Zamani), Sampai Hati (Ameng Spring) atau Khayalan (Jatt Ali Black Dog Bone), kami di MUSE+ percaya peminat muzik pasti pernah mendengar atau mungkin sangat meminati lagu-lagu ini.

“Atas faktor itu kami realisasikan projek yang sudah lama dirancang namun baru sekarang boleh dilaksanakan ini. Terimalah empat figura yang telah menyemarakkan seni muzik dengan ciri unik mereka dan kekal menjadi otai yang sangat menyengat iaitu Nash, Zamani, Ameng dan Jatt Ali,” ujar Atrez, Pengarah Urusan MUSE+.

Sementara itu Zamani menyifatkan pembabitan dalam KONSERT HITSTER VOL 1 – OTAI SANGAT MENYENGAT sebagai sebuah penghormatan apa lagi pertama kali berkongsi pentas bersama bersama Nash, Ameng dan Jatt Ali di The Star Theatre Singapore.

“Syabas buat penganjur kerana membawa sebuah konsep konsert yang cukup unik apabila menggabungkan empat vokalis dengan ciri khas masing-masing di atas satu pentas.

“Saya sendiri teruja kerana menjadi salah seorang vokalis yang membuka edisi pertama konsert ini. Nantikan persembahan istimewa saya, Nash, Ameng dan Jatt Ali pada 1 Februari 2025,” ujar Nash.

Bagi peminat yang tidak sabar menikmati persembahan Nash, Zamani, Jatt Ali dan Ameng Spring, jangan lupa dapatkan tiket bermula kategori $98 (Gold), $128 (Platinum), $148 (Diamond), $248 (VIP & Meet & Greet) menerusi pembelian di www.startix.sg.

“Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat akan menjadi pembuka kepada siri-siri konsert dengan konsep seumpamanya pada masa hadapan.

“Mungkin selepas mengetengahkan empat vokalis lelaki, MUSE+ akan membawa barisan penyanyi legenda wanita.

“Apa yang penting walaupun agak sukar ‘mencuri masa’ para otai kita kerana mereka cukup sibuk, namun penantian dan usaha menjayakan Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat ini sangat berbaloi,” kata Atrez lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Trending Wed, 31 Mar 2021

“Bukan Honeymoon!” – Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Netizen Jangan Terus Buat Spekulasi

Haa, Korang sib baik tak kena saman sebab sebar berita palsu.. Adess!

Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Didakwa Persenda Agama, Harith Iskander & Keluarga Terima Ugutan Bunuh

Harith Iskander dan keluarga terima ugutan bunuh

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Ini Dia Peserta Realiti TV Tak Sedar Diri

Jurusolek ini memberitahu bahawa, tindakan wanita ini yang sengaja melambat-lambatkan proses mekap sepanjang perkahwinannya sehingga merugikan masa beliau dianggap sebagai sangat tidak bertanggungjawab

Hiburan Thu, 20 Nov 2025
Hiburan Wed, 31 Dec 2025

“Cukup Sampai Sini Kerjasama Dengan Pihak Tak Bertanggungjawab” – Firdaus Nadxaman Niat Nak Bantu Artis Veteran, Tapi….

Penerbit, pelakon & usahawan, Datuk Firdaus Nadxaman berkongsi pengalaman kurang menyenangkan membabitkan segelintir artis veteran yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Trending Sun, 29 Dec 2019
Featured Sat, 3 Sep 2022
error: Content is protected !!