Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin January 16, 2025 @ 1:45pm

Tawar Cabutan Bertuah Umrah, Nikmati Lebih 100 Hidangan Tradisional Nusantara di Grand Buffet Ramadan Almizan di Danga Bay

Grand Buffet Ramadan Almizan di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru, menyajikan lebih daripada 100 pilihan hidangan tradisional Nusantara, menjadikannya lokasi terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dengan harga bermula dari RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk warga emas serta kanak-kanak, bufet ini bukan sahaja menampilkan masakan asli Johor tetapi juga menyediakan 16 gerai hidangan istimewa, termasuk sate dan kambing golek, untuk dinikmati sepanjang Ramadan.

Sebagai jenama terkenal yang telah menyediakan sate berkualiti tinggi di Johor selama lebih 20 tahun, nama Al-Mizan sinonim dengan hidangan ini, menjadikan Grand Buffet Ramadan Almizan pilihan utama ramai pengunjung.

Antara juadah lain yang ditawarkan termasuklah laksa Johor, mi rebus, sup gearbox, udang telur masin, urat masak lemak, nasi goreng kambing, sambal goreng Jawa, ikan masam manis, asam pedas tetel, daun turi masak lemak labu, kupang sambal, rendang tok, dan pelbagai lagi lauk-pauk.

Bagi pencinta sayuran, pelbagai pilihan ulam-ulaman yang boleh dinikmati bersama sambal turut tersedia, menjadikan pengunjung sukar untuk tidak menambah nasi.

Di bahagian pencuci mulut, terdapat pelbagai jenis bubur, kek, serta kuih tradisional Melayu, melengkapkan pengalaman berbuka puasa. Seksyen minuman pula menawarkan lapan balang air sejuk, manakala aroma teh tarik panas pasti memikat deria rasa setiap pengunjung.

Bertemakan “Sulaman Rasa Memori Bahagia”, ruang makan di Pusat Konvensyen Danga Bay cukup luas, mampu menampung sehingga 1,200 orang pengunjung tanpa perlu bersesak-sesak. Kemudahan lain termasuk surau di tingkat atas dan kawasan permainan yang mesra kanak-kanak.

Lebih istimewa, tempat letak kereta yang boleh menampung 800 kenderaan disediakan secara percuma. Sambil menikmati hidangan enak, pengunjung juga dapat menyaksikan panorama matahari terbenam yang indah di Danga Bay, mencipta suasana yang cukup menenangkan.

Bagi memeriahkan lagi pengalaman berbuka, Almizan turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti pakej umrah dan motosikal. Pada masa yang sama, pihak Almizan menyediakan peluang untuk infak dengan kadar RM50 per orang, untuk sekurang-kurangnya 20 orang sehari, bagi memberi sumbangan kepada golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal, dan fakir miskin (mengikut tempahan awal).

Jenama Almizan membawa sejarah penuh inspirasi, diasaskan oleh Haji Misjan Haji Bawok (atau lebih dikenali sebagai Mizan). Nama Almizan, yang bermaksud keseimbangan dan ketelitian, mencerminkan nilai yang dipegang sejak mula penubuhannya.

Pada tahun 2008, anak Haji Misjan, Mohd Syarifuddin, membawa Almizan ke peringkat lebih tinggi sebagai pembekal utama sate di Johor, sehingga kini dikenali sebagai jenama sate nombor satu di selatan tanah air.

Kemudiannya, Almizan mengambil langkah besar dengan membuka restoran pertama mereka, Almizan Satay House, yang kini telah berkembang menjadi Grand Almizan sebagai simbol transformasi ke arah perkhidmatan yang lebih menyeluruh.

Selain Grand Buffet Ramadan, Almizan juga menyediakan perkhidmatan katering melalui Almizan Catering, yang menawarkan khidmat untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan dan acara korporat.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah Grand Buffet Ramadan Almizan di Pusat Konvensyen Danga Bay, tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di 019-4700471.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 30 May 2019

亚洲人更要喝!每天2杯咖啡多活2年

每当早晨、疲惫的时候,许多人都会来杯咖啡提提神,不过喝咖啡到底对健康有没有关联性呢?

Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

全新KFC「MAD MEX TWISTER」五彩缤纷的墨西哥风味

大马KFC隆重推介全新KFC Mad Mex Twister,将在时限内以色彩缤纷的墨西哥风味「玩转」KFC Twister,展开一场充满活力的墨西哥式冒险。

Fab Foodies! Thu, 12 Jun 2025
Fab Foodies! Thu, 30 May 2019

How to Be A Tea Connoisseur? Here’s 5 Interesting Facts About Tea That You MUST Know!

This particular brand of tea puts you to a deep restful night seep..

Fab Foodies! Wed, 29 May 2019

13,000 Kotak Licin Dijual, Penangan Absolut Chocolat Bukan ‘Beshe-Beshe’

Wow, power betul penangan Kek Absolut Chocolat ni. Korang dah try ke belum?

Fab Foodies! Wed, 16 May 2018

吃苹果总爱削皮?专家曝:80%营养都在这

吃苹果皮会伤身体?这误会可大了!民众普遍存在「吃皮=吃蜡」迷思,因此在吃苹果前会先进行削皮的动作,这在专家的眼理是相当NG的行为,因为最珍贵的营养价值都在皮里,不吃的人才是最笨的!

Fab Foodies! Thu, 27 Sep 2018

别一起床就用餐!6大早餐坏习惯

「吃早餐对身体好!」许多专家学者常耳提面命吃早餐的重要,然而若是吃错时机、吃错食物,很可能会造成肠胃的负担。

Fab Foodies! Thu, 22 Feb 2018

ANAK TAK SUKA MINUM SUSU? CUBA INI DI RUMAH

Kanak-kanak lebih tertarik dengan keju berbanding susu! Keju membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk anak-anak…

Fab Foodies! Wed, 13 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Kek Vanilla Oren

Chef Imelda Harris berkongsi resepi bagaimana menghasilkan kek gebu berperisa oren untuk dihidangkan buat tetamu di pagi Syawal nanti, cuba tau!

error: Content is protected !!