Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 17, 2025 @ 4:45am

Bawa Pesanan Swacinta Buat Pendengar, Shiha Zikir Mahu Jadi Lebih Baik

Kini aktif berkarya, penyanyi Shiha Zikir kembali dengan lagu terbaharunya berjudul Lebih Baik, hasil kolaborasi bersama komposer dan penulis lirik, Shazee Ishak dan Audi Mok.

Menerusi Alternate Records, Shiha mempersembahkan sebuah pop balada yang menggali makna refleksi diri dalam hubungan percintaan, serta mengungkap kekuatan yang terbit daripada cinta, perpisahan, dan keinginan untuk menjadi versi yang lebih baik.

Mengangkat tema swacinta, Lebih Baik menyampaikan mesej tentang kepentingan mencintai diri sendiri sebelum mampu mencintai orang lain. Dengan intipati “kebahagiaan datang dari dalam diri”, lagu ini menekankan perjalanan pemulihan dan penemuan makna kebahagiaan sebenar dari dalam jiwa.

Bait-bait lirik seperti “Aku akan lebih baik” dan “Perpisahan kita menjadi pengajaran” menggambarkan proses penyembuhan selepas kehilangan. Lagu ini mengingatkan bahawa perpisahan bukanlah pengakhiran, dan mencintai diri sendiri ialah langkah pertama untuk membina kebahagiaan sejati.

Dengan Lebih Baik, lagu ini boleh menjadi penyuntik semangat buat individu yang sedang bergelut. Melodinya yang lembut dan menenangkan, ditambah dengan lirik puitis, pasti akan mencipta pengalaman pendengaran yang penuh kesan dan menyentuh perasaan.

“Saya percaya kisah dalam lagu ini sangat dekat dengan hati pendengar, terutamanya dengan tema self-love yang diangkat. Proses rakaman pula sangat lancar, hanya mengambil masa sekitar dua jam, kerana Shazee banyak membantu,” kata Shiha.

Menyatukan kesayuan dengan harapan, Shiha berkongsi bahawa fokus utama dalam lagu ini adalah untuk mengekalkan kestabilan emosi.

“Saya perlu memberi penghayatan dan mood yang tepat agar penyampaiannya berkesan. Lebih Baik layak diberi peluang kerana melodi dan liriknya sangat sempurna. Saya berharap lagu ini diterima dengan baik dan dapat menghubungkan emosi pendengar, terutama buat mereka yang pernah mengalami situasi yang serupa,” ujarnya lagi.

Diinspirasikan daripada kenyataan bahawa cinta yang sejati hanya boleh terbentuk apabila kita membaiki diri, Shazee percaya Shiha ialah pilihan yang tepat untuk menyanyikan lagu ini.

“Shiha ialah seorang penyanyi yang berbakat, profesional, dan serba boleh. Dia memiliki feel yang bagus dan berjaya menjiwai watak dalam lagu. Shiha adalah antara yang terbaik kerana dia selalu membuat persiapan rapi sebelum masuk ke studio. Saya berharap Lebih Baik dapat sokongan orang ramai kerana lagu ini sememangnya luar biasa,” kata Shazee.

Dengarkan Lebih Baik nyanyian Shiha Zikir, yang kini menjadi runut bunyi (OST) untuk drama Wanita Milik Kaiden di slot Akasia TV3. Dapatkan lagu ini di iTunes atau strim terus melalui platform seperti Spotify dan YouTube Music!

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 May 2023
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

NICO G Pertaruhkan KGB, Tampil Dengan Imej Lebih Ghetto!

Siapa sangka sudah tiga dekad kumpulan NICO bertapak di dalam industri muzik Malaysia.  Walaupun industri hiburan kini jauh berbeza, NICO tampil dengan penjenamaan baharu dengan memperkenalkan diri mereka sebagai NICO G dan mempersembahkan album berjudul […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Wed, 22 Oct 2025

“Selama Ni Aku Diperbodohkan Seluruh Ahli Keluarganya?” – Uqasha Senrose Dakwa Nikah Tanpa Pengetahuan, Pertikai Tarikh Sijil Nikah Berbeza Dari Hari Akad

Pelakon popular, Uqasha Senrose menyorot perhatian ramai selepas berkongsi beberapa foto perkahwinan miliknya beserta foto surat akaun nikah miliknya bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli.

Featured Mon, 21 Jun 2021

Cara Mohon Dan Semak Kelayakan BPR Tambahan, Bayaran RM 100 Hingga RM 500 Akhir Jun Ini

Umum maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 […]

Featured Thu, 6 Nov 2025
error: Content is protected !!