Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 17, 2025 @ 5:48pm

“Cukuplah Buat Cerita!” – Netizen Lagakan Dengan Rita Rudaini, Zaquan Adha Bidas Pihak Tak Bertanggungjawab

Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha sekali lagi mencuri perhatian selepas ada individu memuat naik hantaran berbaur fitnah dan sengaja mahu melaga-lagakan dirinya dengan pelakon Rita Rudaini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram, suami kepada aktres Ayu Raudhah itu berkongsi tangkap layar posting berkenaan yang tular di platform Facebook.

Hantaran yang berbunyi ‘Didik anak-anak kau, jangan sakit nak mati ada orang cakap bukan-bukan fasal kau’ itu bagaimanapun tidak pernah dibuat oleh Zaquan sebelum ini.

“Cukup-cukuplah buat cerita yang nak melagakan orang.

“Kesian makcik bawang yang komen tak pasal dapat dosa kering,” tulisnya pada tangkap layar berkenaan.

Sebelum ini, Zaquan atau nama penuhnya, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, 37, pernah terpalit dengan isu sama selepas seorang pengguna media sosial menghantar mesej mempersoalkan hubungan ibunya bersama Rita.

Sekadar info, abang kepada Zaquan iaitu Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga bersama Rita Rudainipada tahun 2008 dan kemudian bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jan 2026
Cahaya Mata Wed, 15 Feb 2023

Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Emma and family! Makin meriah family

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Ku Percaya Jadi Taruhan Kat Roshan

Lagu ini tentang menjelajahi kesulitan cinta dan hubungan.

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Events Wed, 12 Sep 2018
Trending Sat, 28 Sep 2019
Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Events Wed, 9 Apr 2025

Blood Brothers Filem Aksi Paling Sukar Dihasilkan Syafiq Yusof

Berbaloi filem aksi paling sukar dihasilkan.

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

#mentor7: ‘Rezeki Setakat Sini Saja’, Giliran Amal Ucap Selamat Tinggal

Abang Hafiz juga memaklumkan dia akan membantu kami (Amal dan Azmirul) dari segi publisiti. Semoga Amal terus sukses dalam karier nyanyian!

error: Content is protected !!