Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 18, 2025 @ 5:45pm

Macam Kembar! Bakal Jalin Kolaborasi, Mimi Ernida & Reen Rahim Dah Lali Peminat Salah Tegur

“Mimi Ernida dan Reen Rahim ni kembar ke? Atau adik beradik?”

Demikian sapaan ramai peminat yang sering keliru dengan penampilan dua pelakon cantik, Mimi Ernida dan Reen Rahim.

Sering menghadapi situasi begini, dua aktres jelita itu seakan lali dengan ‘kesilapan’ kecil yang dilakukan oleh peminat, bahkan ada juga yang menganggap mereka berdua mempunyai pertalian kekeluargaan.

Menjalinkan hubungan baik sebagai teman, foto perkongsian terbaharu Mimi dan Reen di laman sosial Instagram dan TikTok masing-masing beberapa hari lalu meraih perhatian.

Foto mereka di Instagram meraih lebih 16,000 tanda suka manakala perkongsian di akaun TikTok mendapat lebih 620,000 tontonan.

Menurut Mimi, orang ramai terkeliru dirinya dan Reen, malah peminat juga sering tersilap.

“Ramai sangat yang keliru antara kami berdua. Kalau saya buat siaran langsung di TikTok dan mula memanggil nama saya dengan nama Reen Rahim.

“Begitu juga komen di video-video saya, orang komen nama Reen. Pernah juga di luar, peminat menegur saya dengan nama Reen dan mahu mengambil foto bersama saya,” kata Mimi.

Mula mengenali diri masing-masing sejak sembilan tahun lalu, Mimi mendedahkan mereka tidak pernah bergandingan dalam mana-mana karya seni.

“Kali pertama kami berjumpa 2016. Sampai sekarang kami baik. Walaupun jarang jumpa dan tidak pernah berlakon dalam satu naskhah yang sama, saya tahu Reen adalah kawan yang selalu ada untuk saya. Jika berjumpa tu, ada macam-macam cerita yang kami kongsikan,” kata Mimi lagi.

Tambah Reen, biarpun orang ramai sering tersilap, mereka berdua ada perbezaan yang ketara.

“Ramai peminat keliru antara saya dah Mimi. Tapi sebenarnya, kami berbeza. Mungkin ada beberapa bahagian wajah nampak seiras, tapi tona kulit Mimi lebih cerah berbanding saya. Mimi lebih manis, sedangkan saya pahit,” selorohnya sambil ketawa.

Reen turut mengakui dia turut selesa berkawan dengan Mimi dan berkongsi pelbagai cerita.

“Sejak saling berkenalan, kami memang ngam. Kami tak selalu berjumpa tapi apabila kami bertemu, memang kami sering berkongsi perkembangan seperti teman baik. Kami bercerita hal kehidupan, kerjaya, bisnes dan banyak lagi. Saya boleh katakan Mimi memang kawan yang baik,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai tujuan sesi penggambaran diadakan, Mimi dan Reen sedang merancang kolaborasi istimewa kempen She Rise yang menggabungkan mereka berdua.

Kempen yang bakal dilancarkan pada 31 Januari ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita kepentingan menjaga kesihatan dalam dan luaran, selain peluang menjana pendapatan.

Kempen She Rise bakal menggabungkan jenama CYoung Glowing, produk kecantikan pelbagai manfaat oleh Mimi dan Qu’ Yus Premium Coffee, produk organik untuk membantu mengawal selera makan yang diusahakan oleh Reen.

“Insya-Allah, kami bakal muncul dengan kolaborasi istimewa yang bermatlamat untuk menzahirkan versi terbaik diri secara dalaman dan luaran.

“Memandangkan kami berdua kini sedang berjinak dalam bidang bisnes, kami mahu membantu wanita di luar sana menjana pendapatan.

“Kami mungkin dua individu berbeza, tapi hasrat dan misi kami sama. Mahu membantu ramai orang di luar sana, terutamanya wanita. Nantikan pengumuman istimewa kami di platform media sosial masing-masing Insya-Allah,” kata Mimi menutup bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Sering Berkongsi Video Rutin Di Gimnasium, Atiq Azman Dilabel ‘G*y’ – “Bolehkah Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini?”

Apa salahnya kan tayang body kat gym untuk motivasi gitu. Tak baik tau tuduh Atiq Azman g*y 🥵🤬

Featured Fri, 27 Feb 2026

Uyaina Arshad Tak Ada Niat Guris Hati Pejuang TTC – “Saya Tidak Membandingkan Apatah Lagi Memperkecilkan”

Uyaina tampil memohon maaf secara terbuka kepada golongan wanita yang sedang berusaha untuk hamil susulan perkongsiannya mengenai ‘Pejuang Garis Satu dan Dua’.

Featured Sat, 27 Jul 2024
Events Fri, 22 Nov 2019

Tidak Tersenarai Dalam Anugerah Grammy, Peminat BTS Bengang?

Tak tersenarai bukan bermakna tidak bagus betul tak?

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Mohon Doa Kalian Untuk Mama Saya”- Ibu Elyana Disahkan Positif Covid-19

Umum maklum keadaan kesihatan penyanyi Elyana yang kini menghidapi kanser limfoma tahap keempat. Sedang berjuanh melawan penyakit, Elyana sekali lagi berdepan dengan ujian apabila ibunya pula disahkan positif COVID-19. Menerusi laman Instagram, Elyana memaklumkan berita […]

Trending Tue, 25 Jan 2022

“In Tears From The Start” – Angkat Kisah Ibu & Arwah Bapa Uyaina Arshad, Netizen Sebak Tonton MV Hingga Akhir Waktu

Pengacara Uyaina Arshad dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkolaborasi untuk menulis sebuah lagu berjudul Hingga Akhir Waktu. Naskhah yang kini disiarkan di saluran YouTube Uyaina Arshad itu mengangkat kisah ibu dan arwah bapa Uyaina. “Hingga […]

Featured Wed, 5 Jan 2022

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor. Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal […]

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Ahmad Dhani Keluar Penjara 28 Disember, Mahu Fokus Jadi Ahli Politik

Ahmad Dhani dilaporkan akan lebih aktif dalam bidang politik berbanding di pentas nyanyian selepas dibebaskan nanti.

error: Content is protected !!