Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 19, 2025 @ 4:19pm

Shila Amzah Imbau Kisah Gelap Berdepan Gangguan S*ksual Di Zaman Sekolah – “Mereka Sentuh Macam….”

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi detik hitam melanda dirinya yang pernah berdepan gangguan seksual ketika di zaman remaja.

Menerusi podcast Ubai Sentral di YouYube, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 35, menceritakan kejadian tersebut berlaku tatkala dua individu tidak dikenali menaiki motosikal mendekatinya ketika dia berjalan kaki seorang diri ke sekolah.

“Masa itu saya berusia dalam lingkungan 15 atau 16 tahun, saya tak pernah naik bas ke sekolah dan hanya berjalan kaki.

“Saya pula jenis tak suka datang lambat, jadi saya keluar rumah awal. Selalunya saya akan sampai sekolah sebelum jam 7 pagi.

“Waktu itu saya sedang berjalan nak ke sekolah, tempat yang saya lalu itu belah kiri tanah perkuburan Islam. Tiba-tiba ada dua orang lelaki menaiki motosikal.

“Saya jalan macam biasa, tetapi kedua-dua lelaki itu patah balik dan saya kena raba oleh mereka. Dua-dua itu bukan budak sekolah saya,” katanya.

Insiden tersebut membuatkan pelantun lagu Tiada Dirimu ini trauma dan hanya seolah-olah tersentak lantas berdiam diri sebaik tiba di sekolah.

Kejadian itu juga membuatkan Shila memahami perasaan wanita-wanita di luar sana yang turut menjadi mangsa gangguan seksual.

“Mereka sentuh macam ‘touch and go’. Lelaki yang pegang saya itu seorang sahaja, Jadi saya faham perasaan bila wanita kena gangguan seksual.

“Kalau kita tak berada di situasi itu memang senang untuk kita suruh jerit minta tolong. Tetapi, bila kena diri sendiri waktu itu baru saya tahu erti menjerit tapi suara tak boleh keluar.

“Bila sampai sekolah saya jadi trauma dan terdiam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Penat Cari Jodoh, Raline Shah Akhirnya…

Wah…siapa agaknya jejaka yang bertuah itu ya?

Featured Thu, 9 Apr 2026

“Kita Nak Kumpul Semangat Berjuang, Cover Sikit Bitter Tu”  – Tiz Zaqyah Mohon Netizen Berhenti Kecam Peserta Sumud 2.0

Pelakon Tiz Zaqyah tampil menyuarakan pandangan susulan kecaman segelintir netizen terhadap peserta misi kemanusiaan Sumud 2.0, khususnya melibatkan penglibatan wanita.

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pelakon Anita Baharom, 38, memaklumkan khabar duka suaminya, Ismadi Ismail, 50, menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi tadi. Difahamkan, arwah suami Anita meninggal dunia di […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Undian Media Sosial Meledak! Aina Abdul Pilihan 30,000 Peminat Untuk Juara AJL39!

Mampukah Aina Abdul terus memegang takhta Juara AJL39? Nantikan 16 Februari ini!

error: Content is protected !!