Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin January 19, 2025 @ 8:36am

10 Selebriti & Pempengaruh Hebat Serikan Hari Raya

Gedung tekstil dan pakaian terkenal, Jakel, memperkenalkan 10 selebriti dan pempengaruh sebagai wajah utama kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

Barisan duta ini terdiri daripada selebriti popular tanah air seperti Fattah Amin, Amira Othman, Elly Mazlein, Anzalna Nasir bersama keluarga, Nabil Ahmad seisi keluarga, kumpulan lawak legenda Senario serta karakter animasi terkemuka, Upin & Ipin.

Selain itu, pempengaruh terkenal Sallywho bersama keluarganya dan Cik Epal melengkapkan barisan duta dalam kempen istimewa ini bersempena kedatangan Hari Raya yang dianjurkan oleh jenama itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pemilihan duta-duta ini bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian pilihan pakaian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

“Jenama kami adalah jenama untuk semua golongan, menyediakan produk yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia, daripada ibu bapa, remaja, dewasa, hinggalah kanak-kanak. Kami memastikan semua pelanggan dapat menikmati pakaian berkualiti dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Tambah Faroz, kesemua duta yang dipilih diharap dapat mengukuhkan tagline jenama ini iaitu ‘Jakel, Barulah Raya’.

Inisiatif pengumuman duta serta pelancaran kempen tersebut adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.

“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.

“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 22 Nov 2018

Ini Trik Berkesan Nak Perangkap Lipas Di Dalam Kereta

Jangan biarkan lipas bermaharajalela dalam kereta kesayangan anda!

Gaya Hidup Mon, 19 Mar 2018

Jika Anda Kempunan Makanan Malaysia Di Seoul, Cari Lelaki Sabah Ini. Gerenti Hilang Homesick

Ketika seronok menikmati makanan Korea yang halal serta authentic di Seoul, tak sah kalau anda tak rindukan masakan Malaysia.

Featured Wed, 12 Dec 2018

Keluarga Ini Tawarkan RM418,050 Kepada Jurufoto Yang Boleh Melancong Keliling Dunia Dengan Mereka

Tugasnya hanyalah menangkap gambar ketika ahli keluarga tersebut bersuka ria.

Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan […]

Featured Fri, 15 May 2020
Featured Tue, 24 Apr 2018

Ini Cara Paling Berkesan Untuk Berhenti Merokok, Menurut Sains

Ramai ingat cara efektif ialah dengan mengurangkan jumlah rokok yang mereka hisap sikit demi sikit sampai mereka berhenti.

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Featured Wed, 3 Apr 2019

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Guna Buih Pembersih Peribadi

Formulasi daripada bahan semula jadi mampu memelihara kesihatan Miss V.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Korbankan Agama Demi Kejayaan Orang Lain, Nasihat Nabil Ahmad Sentuh Hati Peminat

Tular sebuah video memaparkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memberi sedikit nasihat tentang agama dan kejayaan buat peminatnya di media sosial. @bebetterforfuture ALLAHU #hijrah #ria #nabilneelofa #dakwah #hambaallah ♬ a thousand years – favmusicvibes Video […]

Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018

Siapa Bilang Rambut Beruban Tidak Menawan?

Ironinya rambut bertukar warna kepada putih, bukan sesuatu yang diinginkan, khususnya bagi masyarakat Asia, yang lazimnya berambut hitam.

error: Content is protected !!