Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2025 @ 10:56am

[VIDEO] “Saya Sepatutnya Berada Di Dalam Flight MH370…” – Shila Amzah

Insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MH370) pastinya masih berbekas dihati seluruh rakyat Malaysia.

Manakan tidak, sehingga kini kehilangan pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia itu masih belum ditemui.

Berkongsi lanjut mengenai penerbangan tersebut, penyanyi Shila Amzah mendedahkan, dia antara penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat berkenaan pada hari insiden tersebut berlaku.

Namun, disebabkan terlalu penat, pelantun lagu Memori Tercipta itu membatalkan hasrat untuk pulang ke Malaysia pada hari berkenaan.

“Sebenarnya semasa berada di Beijing pada tahun 2013 – 2014, waktu tu saya tengah shooting I Am A Singer Season 2 dan masa tu baru masuk minggu kedua.

“Yang saya ingat, hari tu saya patutnya pulang ke Malaysia untuk penerbangan MH370. Saya sepatutnya berada di dalam flight tersebut.

“Tapi masa tu disebabkan terlalu penat, saya cakap dengan manager saya, kita patut stay untuk satu malam lagi. Then ambil flight yang seterusnya.

“So, masa berjaya dapat flight the next day tu, pagi tu saya bangun buka televisyen dan tengok berita tu. Masa tu, saya dengan make up artis saya kak Fiza, terkedu sebab patutnya itu adalah flight kami,” katanya.

Shila berkongsi mengenai perkara itu ketika sesi temu bual menerusi platform Youtube rasmi suaminya, Ubai Sentral baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah akui selepas insiden berkenaan terjadi, dia mengalami trauma termasuklah tidak boleh melihat cerita yang berkaitan dengan penerbangan.

“After kejadian tu saya memang tak boleh tengok apa-apa cerita yang berkaitan flight.

“Sebab saya tahu kerjaya saya memang travel so takut kalau saya trauma nanti macam mana,” jelasnya.

Malah, penerimaan peminat di negara tersebut juga pada ketika itu sangat berbeza terutamanya apabila ia melibatkan isu sensitiviti.

Bahkan, dia sendiri terpalit dengan isu kecaman menerusi aplikasi Weibo.

“Masa tu quite sensitif juga isu tu. Di China isu tu bukan sesuatu yang mudah apatah lagi being Malaysian.

“Saya ingat lagi ada orang marah saya. Artis Malaysia kalau dekat weibo tu memang kena lah. Tapi, ada fans yang back up saya juga,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Masya-Allah cantik bethol anak-anak dara Que Haidar ni 😍 Macam princess min tengok!

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

WILL IT BE A SWEET REUNION OR DOUBLE TROUBLE FOR HAYLOR?

Apparently, our two favourite people are about to be reunited on stage and in front of the whole world!

Featured Fri, 19 Jun 2026

Amir Ahnaf Respons Kenyataan ‘Money Doesn’t Buy Class’ Johan Ghazali – “Aku Kampung & Rempit, Belajar Dengan Cara Yang Susah…”

Amir Ahnaf tampil memberikan respons susulan kenyataan yang ditinggalkan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali.

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Dongho and His Father Speak Up About the Divorce Rumours

Hopefully baby Asher will be alright through it all.

Featured Wed, 29 Sep 2021
Trending Sat, 4 Aug 2018

Kena Kecam Akibat Buang Sampah

Zaman sosial media sekarang nie pantas dalam menyebar berita dan aksi yang dilakukan . Buang sampah di tanah kenapa tidak di dalam tong sampah yang disediakan

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

FARID KAMIL DEDAH TIGA RAKAN ARTIS TERLIBAT KES DADAH BELIAU?

Farid turut memberitahu beliau bukan sahaja diberikan minuman yang mengandungi bahan terlarang tersebut, malah turut diberikan rokok yang bersalut sejenis cecair

Hiburan Tue, 10 Sep 2024
error: Content is protected !!