Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 21, 2025 @ 10:25am

5 Suspek T*ndang, Heret & Puk*l Lelaki OKU Kini Ditahan

Susulan kes memukul, menendang dan memperlakukan individu lelaki kelainan upaya (OKU) seperti yang tular baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Justeru, Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin telah mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 40 tahun itu sehingga 22 Januari, selepas menerima permohonan polis.

Suspek juga dilaporkan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kemaman pada 11.30 malam pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, motosikal yang oleh ditunggang oleh lelaki OKU mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau mesra disapa Paijang, terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan dijual terjatuh dan tumpah.

Mangsa kemudian dipukul dipercayai oleh peniaga dan pengunjung pasar terbabit sehingga menyebabkan kecederaan.

Susulan insiden tersebut, pihak polis telah menahan lima lelaki berusia 18 hingga 60 tahun untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

24 Tahun Di Amerika Syarikat, Datuk Shake Masih Fasih Bahasa Melayu

“Saya anak Johor, mana mungkin saya lupa bahasa ibunda” – Datuk Shake

Hiburan Thu, 17 May 2018

Seungri Duta Tinder Korea Selatan

Kerana popularitinya Seungri ahli kumpulan Big Bang telah dilantik menjadi duta Tinder di Korea Selatan

Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Sun, 6 Oct 2019
Featured Tue, 31 Mar 2020
error: Content is protected !!