Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 21, 2025 @ 2:55pm

“Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Walau…” – Respons Dakwaan Perkahwinan Bermasalah, Nadiyah Shahab Berharap Jodoh Kekal Dengan Ben Ali

Desas desus rumah tangga pasangan selebriti dan usahawan, Ben Ali dan Nadiyah Shahab sedang menghadapi masalah diperkatakan sesetengah pihak.

Mengaku dia dan suami turut berdepan situasi pasang surut dalam perkahwinan, Nadiyah berharap jodoh dengan Ben berpanjangan.

“Macam pasangan lain, kami juga ada naik dan turun. Apa yang saya boleh cakap, kami akan sentiasa jadi sahabat baik walau apa pun yang terjadi, selamanya.

“Kita tak tahu jodoh tu bagaimana, tetapi Insya-Allah, kami berharap jodoh kami pun untuk selamanya,” kata Nadiyah kepada XTRA.

ARTIKEL: Sibuk Buat Persiapan Bisnes Menjelang Ramadan, Ben Ali Nafi Rumah Tangga Dengan Nadiyah Shahab Bergolak

Dalam pada itu, Ben turut menegaskan tiada apa yang perlu dibesarkan dah hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Kami ada juga masalah. Perkara itu normal bagi pasangan suami isteri dan kami cuba selesaikan sebaik mungkin.

“Saya percaya, pasangan yang bukan artis ada pasang surut dalam perkahwinan. Apa yang berbezanya adalah kami artis dan sentiasa menjadi tumpuan.

“Tak ada perkara yang hendak dibesarkan. Kami baik-baik sahaja,” katanya.

Nadiyah dan Ben ditemui di Majlis Sidang Media Pelancaran Absolut Bazaar dan Festival Gaya Raya 2025 di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Festival raya ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya bakal kembali berlangsung selama 66 jam tanpa henti di MITEC Kuala Lumpur dari 21 Mac (12 tengahari) hingga 6 pagi 24 Mac 2025.

Acara yang telah menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia itu merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management.

Untuk tahun ini, 700 tapak reruai telah habis dijual dan pihak penganjur menyasarkan RM25 juta hasil keuntungan daripada pempamer di samping menarik seramai dua juta pengunjung.

Selain menyediakan pengalaman membeli belah bagi persediaan Aidilfitri yang lengkap daripada pakaian, produk kecantikan dan juadah Aidilfitri, antara tarikan utama lain bagi acara Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya ialah Mini Absolut FoodFest.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Oct 2025

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

Trending Thu, 15 Aug 2019

Pendaratan Cemas Atas Padang Kerana Burung Tersekat Di Enjin Pesawat

Juruterbang Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Atas Padang

Featured Fri, 18 May 2018

Asyik Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Terlepas Dari Gendongan Ibu

Ibu bapa terlalu leka berselfie, akibatnya bayi 10 bulan meninggal dunia.

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Usia Baru 20 Tahun, Kekayaan Kylie Jenner Kini Cecah RM3.2 bilion

Pengaruh adik bongsu dalam keluarga selebriti Kardashian ini setanding kakaknya yang lain. Pada usia 20 tahun, Kylie sudah bertaraf jutawan muda. Anda memang hebat!

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Jangan Dia Minta Bau Simen Pula”- Harris Annuar & Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Harris Annuar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Asha Merican kini sedang hamil anak kedua mereka.

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Ara Johari Selesa Dengan Rambut Pendek

Ara Johari mengakui belum bercadang untuk tampil dengan imej berambut panjang.

error: Content is protected !!