Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2025 @ 6:45pm

Dipulaukan Rakan-Rakan Sekolah Selepas Terkenal, Thalita Anak Shuib Pelik Ada Yang Cemburu

Anak kedua pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Thalita mengakui dirinya dipinggirkan oleh rakan-rakan sekolah selepas namanya semakin meledak dan dikenali ramai.

Memetik laporan Harian Metro, Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Thalita Zahra, 11, berkata dia menyedari mula ‘dipulaukan’ rakan sebayanya selepas membuat persembahan di Bukit Bintang, baru-baru ini.

“Memang saya kena ‘palau’ (dipulaukan) kawan-kawan. Entah kenapa ada yang ‘jealous’, (cemburu) dan saya tak tahu tapi saya tak kisah. Apapun, saya masih Thalita yang sama.

“Saya menyedari perkara itu selepas menjayakan persembahan di Bukit Bintang tempoh hari. Apabila di sekolah, ada beberapa orang saya perasan mula menjauhkan diri atau bercakap buruk fasal saya di belakang,” katanya.

Bagaimanapun, Thalita berharap agar keadaan kembali seperti biasa serta menjelaskan isu tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar impian bergelar penyanyi hebat, seperti ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisudin.

“Saya terkejut tapi buat tak tahu saja. Saya berharap keadaan kembali macam dulu kerana saya tak mahu bermasam muka dengan sesiapa. Saya cuma nak jadi penyanyi, itu saja,” katanya.

Thalita bakal tampil membuat persembahan sebagai salah seorang penyanyi jemputan di konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura pada 10 Mei depan, bersama barisan selebriti lain seperti Aina Abdul, Hafiz Suip, Dayang Nurfaizah, Hazama dan Aufahanie.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raisuddin Ajar Talita Menyanyi Teknik Baring Sama Seperti Allahyarham Siti Sarah – “Mengimbau Balik Kenangan”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

ZIZAN RAZAK BAKAL TEMBUSI PASARAN INDONESIA, BERLAKON DENGAN RAFFI AHMAD

Bakal bergandingan dengan suami kepada pelakon Nagita Slavina, Zizan dijangka memulakan penggambaran tak lama lagi. Tahniah Zizan!

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

ACTOR JEON TAE SOO PASSES AWAY DUE TO DEPRESSION

Ha Ji Won’s younger brother, Jeon Tae Soo passes away after long battle with depression. Click in to view for more information.

Featured Wed, 22 Apr 2026

Azhar Sulaiman Respons Kes Selewang Dana Zakat Babitkan Wang RM230 Juta – “Geng Tak Amanah Ni Seperti Tupai, Pasti Jatuh Ke Tanah & Dilaknat Allah”

Azhar Sulaiman tampil berkongsi pandangan peribadinya berhubung kes penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Tarik 12 Juta Penonton, Pujaan Hati Kanda Cipta Sejarah Tersendiri!

Siapa yang dah rindu baby Iqy, Mama Tiara & Papa Danny dekat sini?

Featured Wed, 1 Mar 2023
error: Content is protected !!