Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi January 31, 2025 @ 2:41pm

[VIDEO] ‘Desperate’ Nak Cari Duit, Individu Wanita Dedah Pengalaman Ada Sugar Daddy – “Teman Main Golf Boleh Cecah RM1,000”

Seorang wanita mendedahkan pengalaman peribadinya menjadi ‘sugar baby’ kepada lelaki yang berstatus Datuk.

Menerusi temu bual telefon bersama radio Kool 101, individu wanita tersebut mengakui terbabit mempunyai sugar daddy selepas dikenalkan oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘mak ayam’.

Wanita itu juga tidak menafikan dia mempunyai sugar daddy sebagai salah satu jalan pintas untuk mendapat wang ketika di zaman belajar.

“Saya ada sugar daddy ni sebab dulu ada mak ayam. Dulu masa belajar kita student desperate nak ada duit, kawan saya tawar kerja teman Datuk pergi Karaoke, shopping dan makan.

“Teman main golf dalam jam satu sampai lima petang dapat dalam RM700 hingga RM1,000.

“Sugar daddy ada rules mereka sendiri contohnya RM700 terhad untuk teman saja, kalau nak lebih-lebih ada bayaran lain.

Dia ada pilihan, saya akan tanya dulu sugar daddy itu suami orang ke bukan, kalau suami orang saya tak akan ambil,” katanya.

Bagaimanapun, individu wanita itu berkata dia sudah tidak melakukan perkara tersebut kerana berpendapat bahawa rezekinya itu daripada sumber yang tidal halal.

“Saya dah berubah dah sebab saya dah kerja. Saya rasa benda tu tak halal nak ada duit,” ujarnya.

@kool101my

Jadi sugar baby,jalan pintas untuk dapatkan duit cepat 😰 Perjalanan hidup semua orang berlainan, ada yang gunakan cara yang tak sepatutnya untuk dapatkan duit, tapi adakah itu pilihan terbaik?🤔 Ramai yang pilih jalan mudah untuk cepat kaya, tapi lebih baik kita berdikari dengan usaha sendiri, dan kita jadi lebih hargai dengan apa yang kita buat. 🙌🏻 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Sekadar info, sebuah kajian terbaru oleh Seeking Arrangement, seperti yang dilaporkan oleh Seasia.stats, mendedahkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di Asia dalam jumlah sugar daddy, dengan anggaran sebanyak 32,500 individu terlibat dalam pengaturan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Mar 2025

“Saya Tidak Buat Lagu Hanya Untuk Jadi Fenomena” – Alyph

“Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan” – Alyph

Hiburan Thu, 11 Sep 2025
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Dituduh Tak Mahir Buat Kerja Dapur, Tya Ariffin Tampil Balas Komen Netizen

Amboi sedap mulut je cakap Tya tak pandai buat kerja dapur 😂 Steak Tya masak favourite Tokti okay 😏

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Trending Tue, 23 Jan 2024

1,000 Masjid Musnah Dibom Tentera Isra*l

Allahu..terus berdoa semua, moga saudara-saudara kita di Gaza segera diselamatkan.

Trending Wed, 8 Jan 2020

Pesawat Ukraine Seramai 170 Maut Akibat Terhempas di Tehran

Sebuah pesawat penerbangan Ukraine yang membuat sekurang-kurangnya 170 penumpang terhempas pada Rabu sebaik sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabang Imam Khomeini di Tehran, dengan semua yang berada dalam pesawat terkorban, menurut stesen televisyen milik kerajaan […]

Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

error: Content is protected !!