Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin February 4, 2025 @ 4:42pm

Bila Fattah Amin, Amira Othman, Elly Mazlein, Senario, Nabil Ahmad, Cik Epal & Sallywho Turun Padang… Memang Meriah!

Barisan selebriti dan pempengaruh terkemuka iaitu Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Senariounion, Anzalna seisi keluarga dan Sallywho hadir turun padang memeriahkan acara Meet & Greet di Jakel Shah Alam, Sabtu lalu.

Merupakan barisan duta Jakel tahun ini, orang ramai berpeluang berinteraksi dengan artis terkenal dan pempengaruh popular sambil membeli barangan persiapan Hari Raya.

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula pada 9 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jenama ini.

Pada masa sama, ia membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kita berharap para pelanggan serta peminat gembira apabila mendapag peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

“Para pengunjung bukan sahaja bertemu, malah mereka turut bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.

Tambah Mohamed Izani, di samping itu, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.

“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.

“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.

Jelasnya, pengunjung juga tidak perlu bimbang berhubung soal keselesaan kerana cawangan jenama ini di Shah Alam menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma.

“Pelanggan yang hadir juga tidak perlu risau tentang ruang beli belah, kerana ia luas dan selesa.

“Malah kami juga menyediakan kemudahan buggy bagi memastikan pengunjung seperti warga emas selain golongan bantuan khas dapat bergerak lebih mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Oct 2019
Featured Sat, 23 May 2020
Featured Wed, 13 May 2020

Kejutan Kluster IPT, KKM buat siasatan kenal pasti punca jangkitan

Kemunculan kluster institusi pengajian tinggi (IPT) Sabah yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menimbulkan persoalan kemungkinan lebih ramai pelajar yang sudah dijangkiti COVID-19 daripada universiti yang sama. Ramai beranggapan KKM kini bakal berdepan dengan […]

Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Gaya Hidup Fri, 9 Aug 2019

5 kepentingan Pelan Takaful Perubatan untuk wanita

Perlindungan awal bantu rancang masa depan

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Adakah Hujung Minggu Anda Membosankan? Jom Luncur Ais Di MYNISS

Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS) terletak di Empire City, Damansara Perdana.

Featured Tue, 16 Oct 2018
Gaya Hidup Thu, 25 Jan 2018

Jeans Ketat Bahayakan Miss V

Memakai seluar jeans ketat sudah menjadi trend serta kegilaan wanita masa kini. Selain memberi penampilan ramping, pemakaian jeans ketat juga mampu menampakkan tubuh badan seksi kepada si pemakai.

Gaya Hidup Sun, 26 Apr 2026

Gaya Hidup Bijak… Aplikasi Emas Digital Kini Jadi Pilihan Simpanan Lebih Fleksibel, Yana Samsudin Pun Approve!

Dalam dunia yang semakin pantas, cara orang mengurus kewangan juga mula berubah. Kalau dulu simpan emas identik dengan barang kemas atau jongkong fizikal, kini trend baharu mula mendapat perhatian iaitu emas digital yang boleh diurus […]

Featured Mon, 14 Oct 2019

Belanjawan 2020 sedia 6 insentif untuk wanita

Peruntukan lebih holistik dengan pelbagai manfaat

error: Content is protected !!