Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 22, 2018 @ 2:06am

Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

Masihkan anda ingat kepada peristiwa kehilangan seorang wanita, Nur Umaisarah Same’aun yang sesat di Gunung Tahan pada tahun 2008?

Beliau yang hilang dalam tempoh 19 hari telah ditemui dalam keadaan lemah tak bermaya. Umai yang ketika itu merupakan Komander Kesatria telah mengikuti satu ekspedisi untuk menawan Gunung Tahan bersama- rakan-rakannya.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Februari 2008 itu, masih segar dalam ingatan Umai sehingga kini. Menurut beliau, dia mula sesat apabila dalam perjalanan untuk turun daripada gunung tersebut setelah selesai sampai ke puncak.

Kejadain bermula apabila beliau mengambil satu lorong di sebelah kiri hanya untuk melihat sebuah pokok bonzai yang tumbuh disitu. Kelekaan beliau yang terus mengikut di lorong kiri tersebut telah menyebabkan beliau tersedar bahawa beliau telah sesat.

 

“Ketika itu sangat panik dan saya menjerit meminta tolong berkali-kali dan saya sebut nama semua kawan-kawan saya,” katanya ketika ditemu bual oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dalam keadaan yang cemas itu, Umai juga turut melaungkan azan dan takbir dengan tujuan memohon petunjuk dari Allah S.W.T serta berharap ada sesiapa yang mendengar suaranya itu.

“Selepas itu, saya terdengar bunyi air terjun dan teringat satu tips jika sesat di dalam hutan untuk mengikut arah air sungai dengan harapan saya boleh sampai semula di kem tempat kita berkhemah,” ujarnya lagi.

Dalam perjalanan mencari bunyi air tersebut beg yang disandang oleh Umai terjatuh ke arah tebing sungai dan beliau juga turut terjatuh. Kesan daripada kemalangan itu, dia terasa lutut kirinya terasa sakit.  

“Lutut saya terhentak pada sesuatu yang keras, rasa sakit sangat dan saya menjerit sekuat hati,” kata Umai lagi.

Selepas mendapat tenaga semula, Umai meneruskan perjalanan. Ketika itu tiada sebarang makanan yang ada bersama beliau kecuali coklat choki-choki sekadar untuk mengalas perut.

Ketika dalam situasi itu juga, Umai tidak berhenti untuk berzikir dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dalam kesusahan yang beliau sedang hadapi ketika itu.

Sedang beliau duduk dan berfikir, Umai teringat satu tips iaitu membuat unggun api menggunakan cermin mata yang dihalakan ke cahaya matahari. Namun, usaha beliau untuk sesiapa mengesan kedudukan beliau ketika itu gagal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Sun, 21 Nov 2021

“Bila Mengamuk, Tahu Pun Mahu Diam” – Wanita Bengang Perniagaan Sering Diganggu Hantu

Sebuah klip video memaparkan seorang wanita bertindak berani memarahi makhlus halus kerana sering mengganggu perniagaannya viral di aplikasi TikTok. Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @beaufit04, berkongsi mengenai seorang wanita yang […]

Hiburan Tue, 22 Jul 2025

Firdaus Ghufran Dakwa Diugut, Nekad Tuntut Keadilan Di Gelanggang Tinju – “Saya Dibuli 8 Orang Termasuk Seorang Pelakon”

Firdaus Ghufran dakwa dibuli dan diugut seorang pelakon yang merupakan rakan lama dari kecil

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Bergabung Meletup” – Nyanyian Nuha Bahrin & Nissa Sabyan Buat Peminat Teruja

Wow!! Nuha duet dengan Nissa Sabyan guys! Letupss arab dia orang!!

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Zizie Ezette Sebak, Dedah Pesanan Terakhir Bung Moktar

Zizie berkata arwah suaminya tidak pernah mencari perhatian atas amal kebajikannya

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Rezeki Aku Bukan Dari Manusia, 100 Peratus Datang Dari Allah ”- Fimie Don Tampil Perbetul Persepsi

Fimie Don menepis pendapat segelintir pihak yang menganggap rezeki yang diperolehi seseorang adalah hasil bantuan dari manusia.

error: Content is protected !!