Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2025 @ 2:00pm

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Penyanyi, Ziana Zain menepis dakwaan dibayar wang berjumlah RM400,000 sebagai duta syarikat perunding kewangan yang kini dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketika ditemui XTRA, Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain, 57, menjelaskan syarikat tersebut mengeluarkan jumlah yang besar dan tidak bermaksud angka itu diberi kepada seorang duta sahaja.

Malah, Ziana juga memaklumkan perkara terbabit tidak menganggu kerjaya seninya kerana tidak membuat sebarang kesalahan. 

“Kalau betullah dapat bayaran macam itu, saya dah keluarkan kereta Mercedes baharu… Tak ada, kami duta ramai jadi sudah tentu belanja dikeluarkan pun besar. Kadang-kala bila angka itu keluar bukan kami dapat semua, tidak.

“Perkara ini tidak mengganggu karier seni saya sebab saya tak lakukan perkara salah. Saya hanyalah duta, menjalankan tugas menyanyi dan muat naik hantaran di media sosial, itu saja,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, tiga selebriti dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan menerusi Ops Sky membabitkan syarikat tersebut.

Tiga selebriti itu ialah Ziana, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.

Mengulas mengenai perkara itu, Ziana berkata dirinya dipanggil hanya untuk membantu siasatan dan bukannya sebagai seorang suspek.

“Tak ada apa pun, saya hanya dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan, bukan suspek. Saya tak risau sebab bukan jadi modus operandi. Saya disoal kami berapa lama kenal (dengan syarikat terbabit), buat apa… itu sahaja.

“Saya hanya beritahu sebagai duta dan pergi menyanyi. Itu sahaja mereka tanya, selebihnya kami hanya berbual, dalam dua tiga jam juga ketika itu.

“Biasalah orang luar suka sangat buat spekulasi, tak baik. Untuk saya dan duta lain sudah selesai, Alhamdulillah.. kami sudah selesaikan bahagian kami tetapi dari segi siasatan selanjutnya saya tak tahu,” katanya.

@xtra_my

Saya hanyalah duta, menjalankan tugas menyanyi dan muat naik hantaran di media sosial, itu saja – Ziana Zain #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #zianazain #hanya #duta #menjalankan #tugas #sahaja

♬ original sound – XTRA – XTRA

Ziana berkata demikian ketika ditemui selepas konsert akhir program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di Studio Ntv7, Glenmarie di sini, malam tadi.

Pelantun lagu Madah Berhelah itu bagaimanapun tidak mahu meletakkan kesalahan secara melulu kepada syarikat terbabit kerana masih dalam siasatan.

“Sebelum ini, saya tidak berdepan perkara sebegini sebagai duta, ini kali pertama. Kata orang, dalam berbelas-belas (kali) yang kita pernah jadi duta, kadang-kadang mungkin ada satu yang jadi begini.

“Duta ni hanyalah permukaan saja, dan tak tahu apa disebalik syarikat itu. Bagi saya syarikat itu sendiri masih dalam siasatan jadi tak boleh nak terus tuduh pihak mereka bersalah atau sebagainya. Masa depan kita tak tahu, ini dikira nasib,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Sat, 14 Dec 2024
Hiburan Wed, 16 May 2018

Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit

‘Hujan Duit’ & Mood Republik dikatakan bagai irama dan lagu bakal di teruskan tahun ini, betul ke?

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Intan Najuwa Bakal Timang Anak Kedua – “Lunara Is Going To Be A Big Sister”

Tahniah Intan Najuwa, sedang hamil dan bakal timang anak kedua!

Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Featured Wed, 18 Sep 2024

Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Apapun, moga yang terbaik buat keduanya👀❤️

Trending Tue, 2 Jun 2020

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Harap tindakan ini dapat beri keadilan kepada mangsa yang terlibat

Featured Wed, 6 Apr 2022
Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Haseul Diagnosed With Repetitive Anxiety Symptoms; LOOΠΔ To Continue As 11 For “#” Comeback Promotion

It’s concerning that many idols are suffering with such tragic illness.

error: Content is protected !!