Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2025 @ 2:25pm

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Pelakon dan pengacara, Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya yang juga pempengaruh jelita, Dahlia Rizal.

Kata Imran ketika ditemui XTRA, tindakan itu diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi termasuklah selain mahu menjaga kehidupan rumah tangganya daripada penyakit ain.

“Kami memilih privasi kerana risau sekiranya ada mata-mata jahat yang memandang dan itu kami cuba elakkan.

“Berkenaan isu itu (kehamilan), kepada sesiapa yang dah tahu alhamdulillah. Dan siapa yang tak tahu terutamanya mereka yang suka meninggalkan komen berteka-teki sehingga buatkan isteri saya insecure tu kalau boleh benda sensitif tak perlu sebut pun.

“Jadi, saya harap anda semua doakan yang terbaik buat kami,”  ulasnya.

 

Dalam pada itu, Imran berharap agar peminat dan netizen di luar sana kekal tenang serta menghormati keputusan yang diambil mereka.

“Sebenarnya 70 peratus kehidupan kami memang kami kongsikan dimedia sosial dan 30 peratus lagi saya dan isteri mahu semua netizen menghomati keputusan itu.

“Dan, insyaa-Allah kalau benda tu adalah betul dan “telah disahkan, kami akan berkongsi kepada semua,” katanya.

Imran atau nama penuhnya, Muhammad Imran Aqil Mohd. Salehuddin, 26, berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai keadaan Dahlia yang sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital, Imran bagaimanapun memaklumkan, isterinya itu kini berada dalam keadaan baik dan banyak menghabiskan masa di rumah.

“Alhamdulillah, dia sangat sihat sekarang at the same time dia banyak menghabiskan masa di rumah.

“Saya juga nasihatkan untuk  dia ambil certain job yang tidak terlalu berat untuk dia memandangkan sebelum ini dia dimasukkan ke hospital disebabkan kekurangan gula dalam badan selain mengalami tekanan darah rendah sehingga menyebabkan dia pengsan di sebuah restoran.

“Apapun doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.

Terdahulu, berita tular mengatakan Dahlia kini berbadan dua adalah disebabkan sosok badannya yang semakin berisi.

Selain, penggunaan produk kecantikan yang digunakannya juga adalah dikhususkan buat wanita hamil.

Sekadar info, Imran dan Dahlia selamat begela suami isteri dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan pengantin.

Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Semai Keikhlasan Sempena Ramadan Raya Tahun Ini Bersama TV3!

Semuanya yang terbaik dari kami di TV3 semepna sambutan Ramadan dan Syawal ini!

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Bila Nabila Huda Gelak Tak Ikhlas…

Abil gelak tak ikhlas kat siapa?

Hiburan Tue, 3 Feb 2026
TECH Mon, 3 Dec 2018

Cara Mengatasi Google Play Store Error

kalau anda ada masalah google play store error boleh mencuba tips ini

Trending Fri, 4 Jun 2021

90 Peratus Peniaga Kecil Dijangka ‘Gulung Tikar’ Jika PKP Berterusan

Ayuh! sama-sama kita putuskan penularan Covid-19

familuv Mon, 24 Feb 2020
Trending Sat, 20 Apr 2019

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Hanya kerana percaya habis duit hantaran lesap

Featured Tue, 21 Apr 2026

Siti Nurhaliza Selalu Sokong Peniaga Tempatan, Aazief Khalid Komen: “Mak Iti Memang Rajin Beli Makanan”

Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian warganet apabila didakwa aktif membeli makanan daripada peniaga tempatan menerusi platform Threads sejak kebelakangan ini.

Featured Thu, 9 Feb 2023

AJL 37: Berjaya Jadi Finalis Tutup Mulut Pengecam? Iman Troye Nafi Riyak

Fuhhh, pencapaian yang amat membanggakan. All the best Iman untuk Ahad ni 🤩🤩

error: Content is protected !!