Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2025 @ 5:06pm

AJL39: Hael Husaini ‘Upah’ Bodyguard Demi AJL? Harap Kesihatan Stabil Tidak Jejaskan Persembahan

Kurang beberapa jam sahaja lagi,  finalis serba boleh, Hael Husaini berharap kesihatannya stabil menjelang malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-39  (AJL39) yang bersiaran secara langsung di TV3, pada  jam 9 malam nanti.

Hael berkata, saingan daripada finalis tahun ini sangat luar biasa apatah lagi energi yang diberikan peserta sangat positif dansudah lama tidak dirasainya.

“Saya harap kesihatan saya stabil dan AJL39 kali ini memberikan impak yang besar untuk industri kita ditahun 2025 ini.

“Ini kerana, saya menganggap semua lagu dan finalis pada tahun ini memberikan satu energi yang lua biasa dan hebat. Itu menaikkan semangat semua yang bertanding pada malam nanti. Dan insyaa-Allah malam AJL ini semua akan memberikan persembahan yang terbaik.

“AJL kali ini lain daripada yang lain kerana energi itu. Saya sendiri dah lama tak rasa sebegini disebabkan the vibes yang diberikan finalis lain.Positif sebenarnya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Hael berkata demikian ketika ditemui pada sesi raptai penuh yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu.

Selain itu, ketika disoal mengenai ramalan yang mengatakan lagu ciptaannya yang dinyanyikan Nadeera berjudul,  ‘Bukan Lagi Kita’ antara yang menjadi pilihan ramai menjulang Anugerah Juara Lagu untuk edisi kali ini, Hael selaku ‘orang kuat’ bagaimanapun berkata, sekiranya benar tekaan tersebut,  maka ia adalah kejayaan untuknya selepas empat tahun berhenti mencipta lagu.

“Kalau ikutkan, saya mana-mana lagu yang menang saya okay sahaja. Kerana ini penjurian daripada juri profesional dan kita tak boleh nak agak.

“Tapi kalau Bukan Lagi Kita diangkat dan ada rezeki tahun ini, saya rasa ia satu kejayaan saya selepas empat tahun saya berhenti buat lagu.

“Last sekali saya buat lagu adalah masa Peluang Kedua. Then, saya stop sekejap dan bila sambung dengan Nadeera, dia pula berkongsi rezeki yang sangat besar dengan saya sekaligus ia memberikan impak.

“Apapun, saya doakan yang terbaik. Semoga dia menjadi artis yang setaraf dengan yang lain yang sudah beraksi di pentas AJL,” ulasnya.

Tidak habis disitu, Hael juga diminta untuk menjelaskan mengenai kehadiran ‘bodyguard’ yang sentiasa ada bersamanya.

Jelasnya, kemunculan pengawal peribadi bersamanya bukanlah untuk tujuan keselamatan dirinya tetapi untuk barangan ‘sponsored’ yang dipakainya.

“Oh tidak, kalau nak ikutkan ia sebenarnya disebabkan ada barang-barang sponsored sebenarnya.

“Tak kuasa saya nak ada bodyguard hari-hari. Saya ni bukan pakai barang yang mahal.

“Tapi apabila sponsored tu, kita kena jaga. Dan benda itu bukan untuk saya tetapi lebih menjaga barang-barang sponsored,” jelasnya.

Hael juga menambah, malam persembahan nanti akan ada beberapa jenama terkemuka yang akan dipakainya menerusi persembahan ‘Diam’.

AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, dan bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.

Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

Mari cipta gelombang di media sosial! Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa dan kongsi ramalan anda siapakah juara sebenar AJL39?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

Hiburan Wed, 2 Jul 2025

[VIDEO] “Nantikan Sabtu Ini, Ada Pengumuman Guys!” – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim bakal buat pengumuman penting pada acara Anugerah Melodi TV3 Sabtu ini

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Bergurau Tak Kena Tempat, Kan Dah Kena Tangkap!

Pemilik nama Yang Kaili atau lebih dikenali sebagai Li Ge telah dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang Lagu Kebangsaan China.

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

蔡依林♥潘玮柏?情人节礼卡露馅 粉丝狂拱:在一起!

Jolin蔡依林最近送了巧克力给李冰冰,还附上亲笔卡片,意外让工整秀丽的字迹曝光,成为话题焦点。近日,「潘帅」潘玮柏也收到她的礼物,没想到一样的礼物,「待遇」却大不同,让好友收到超傻眼,让男方私下小名曝了光,还被粉丝力拱「快点在一起!」

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Baru Berusia 4 Tahun, Netizen Puji Anak Betty Rahmad Pandai Baca al-Quran & Taranum – “Bijak Sungguh Anak Soleh Ini…”

Anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel serta bijaknya walaupun baru berusia empat tahun. Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang […]

Featured Thu, 20 Apr 2023
error: Content is protected !!