Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 20, 2023 @ 2:44pm

[VIDEO] Anak Lelaki Sharifah Shahirah Masak Buat Netizen Wanita Insecure! – “Sopannya, Tak Ada Bunyi Kelentang Kelentung Kuali”

Anak lelaki penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahirah iaitu Airell Zulkifli meraih perhatian ramai selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Sharifah berkongsi video anaknya itu sedang mengaul kuali besar telah mencuit hati ramai pihak terutamanya dalam golongan wanita.

“Bapak mandur, mak tengok Korea.. Anak tolong masak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen wanita teruja melihat Airell yang dikatakan terlalu sopan ketika memasak.

Mana tidaknya, Airell menggaul kuali yang berisikan bawang dengan penuh lemah lembut dan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi seperti orang memasak.

“Dia punya introvert tu sampai kacau ayam masak merah pun tak berbunyi eh?,” tulis netizen.

“Apasal lembut sangat.. Kalau akak dah kelentang kelentung dah bunyi kuali tu,” kata netizen lain.

Bukan itu sahaja, menerusi video lain, netizen juga tertumpu dengan cara Airell yang tidak bercekak pinggang semasa menggaul turut meraih perhatian ramai.

“Macam mana boleh gaul tangan sebelah tak cekak pinggang? Lagi sopan dari aku ni. Kalau aku masak wajib ketuk kuali tu,” kata netizen.

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut memuji didikan Sharifah dan suaminya, Ijoy yang mempunyai anak-anak sangat ringan tulang membantu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 260,000 tontonan, 11,400 tanda suka dan 100 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Mar 2018

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

Featured Mon, 25 May 2026

PU Riz Beri Teguran, Dakwa Ramai Hilang Pedoman Demi Populariti

PU Riz berkata, ramai yang menghasilkan kandungan yang tidak mempunyai manfaat semata-mata mahu meraih perhatian.

Kes Mahkamah Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

Suami kepada aktres Datin Seri Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia.

error: Content is protected !!