Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 18, 2025 @ 4:25pm

“Andai Ada Yang Berniat Menjatuhkan Saya, Saya Maafkan” – Nadeera Zaini

Penyanyi Nadeera Zaini memilih untuk tidak memberi sebarang respons lanjut mengenai gosip liar yang mendakwa dirinya ditangkap khalwat dengan suami orang.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada pihak yang cuba mencemarkan namanya, Nadeera atau nama sebenarnya, Farah Nadeera Zaini, 31, tetap tenang dan berlapang dada, malah memilih untuk memaafkan individu yang menyebarkan fitnah tersebut.

“Saya tak rasa begitu. Jika ini adalah ujian buat saya, saya terima dengan hati terbuka. Andai ada individu yang berniat menjatuhkan saya, saya tetap maafkan dia. Saya cuma berharap dia bertaubat, lebih-lebih lagi kita bakal memasuki bulan Ramadan,” katanya.

Nadeera berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Naib Juara AJL39 ini turut menegaskan bahawa dia tidak mahu mengambil pusing mengenai isu tersebut dan menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dirinya adalah individu yang terlibat.

“No komen. Saya tak mahu beri sebarang komen mengenai isu orang lain. Jujurnya, saya tak terganggu dengan perkara ini kerana saya tahu itu bukan saya. Fokus utama saya adalah persiapan AJL, jadi saya langsung tak ambil kisah,” jelasnya.

Menurut Nadeera, sepanjang tempoh menjelang AJL, dia menyerahkan sepenuhnya urusan media sosial kepada pasukannya dan tidak mengikuti perkembangan di platform tersebut.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa nama saya tiba-tiba dikaitkan. Sejak sebulan lalu, saya hanya fokus pada persembahan AJL, manakala segala urusan media sosial diuruskan oleh team saya,” tambahnya.

Terdahulu, laporan media menyebut bahawa seorang penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama lelaki berstatus suami orang, dan nama Nadeera turut dikaitkan dalam spekulasi tersebut.

Bagaimanapun, pengurusnya, Acap, serta pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menafikan sebarang kaitan antara Nadeera dan kontroversi tersebut.

Artikel Berkaitan: “Lantaklah Mereka Nak Cakap Apa” – Nadeera Zaini Nafi Bersekedudukan Dengan Lelaki Berstatus Suami Orang

Artikel Berkaitan: Rasa Diri Kerdil, Nadeera Zaini Syukur Impian Genggam Trofi AJL Selama 10 Tahun Tercapai – “Ini Bukti Untuk Tidak Berputus Asa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

Hiburan Tue, 1 Oct 2024
Events Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Sanggup Bersumpah, Aeril Zafrel Kata Itu Bukan Dia!

Ye, itu bukan gambar bogel Aeril Zafrel!

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Events Fri, 19 Jul 2019

「旅游达人」叶剑锋任品牌大使!为「守护者基金」站台筹措资金

「旅游达人」叶剑锋任旅游用品品牌大使,站台新创立「守护者基金」,为大马国家自闭症协会(NASOM)筹获50万令吉经费。

Trending Wed, 1 Aug 2018

Beyoncé Kongsi Gambar ‘Rare’ Anak Kembarnya, Comel Sangat!

Ini kali kedua Beyoncé berkongsi gambar mereka.

error: Content is protected !!