Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 17, 2025 @ 5:22pm

Eizlan Yusof Menerusi VIBES Komited Perkasa Seni Tari Malaysia, Jalin Kerjasama Dengan Stephy Dance Group

Pelakon dan pengasas VIBES International Agency (VIBES), Datuk Seri Eizlan Yusof terus menunjukkan komitmennya dalam memperkasakan seni tari Malaysia dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Stephy Dance Group (SDG).

Perjanjian ini bertujuan mempromosikan kepelbagaian tarian tempatan ke peringkat antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni tari tanah air.

Menurut Eizlan, pihaknya bukan sahaja mahu memartabatkan seni tari tempatan, tetapi juga memastikan kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok di bawah naungan VIBES memberikan impak positif kepada masyarakat.

“Kita sentiasa melatih dan mengingatkan hos kita supaya menampilkan nilai murni dan kandungan yang memberikan kesan baik kepada masyarakat. Jangan terlalu mengejar tontonan sehingga mengabaikan tatasusila serta mencetuskan kontroversi yang boleh memberi kesan negatif, seperti isu membabitkan hubungan Malaysia dan Indonesia baru-baru ini,” katanya.

Eizlan turut menekankan kepentingan bagi hos TikTok untuk mencontohi selebriti media sosial yang berjaya menjana pendapatan dan mengumpul pengikut tanpa bergantung kepada kandungan sensasi.

Majlis yang berlangsung sempena TikTok Meet Up Night anjuran VIBES itu turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara VIBES dan SDG, selain kerjasama rasmi bersama Synergy Global Agency serta Inspire Agency.

Dalam pada itu, pengasas SDG, Datuk Stephanie Low pula percaya seni tari Malaysia berpotensi mencipta fenomena global setanding dengan K-Pop jika diberikan sokongan sewajarnya.

“Saya percaya seni tari dari pelbagai kaum di negara ini boleh membentuk satu budaya tarian yang menarik dan menjadi ikutan di peringkat antarabangsa. Tidak mustahil kerana kita mempunyai pelbagai jenis tarian daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan masing-masing dan pastinya menarik apabila digabungkan,” katanya.

Stephanie yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia tarian juga aktif sebagai jurutari profesional, termasuk pernah membuat persembahan di China mengenakan kebaya sambil menari tarian tradisional Malaysia.

“Saya percaya usaha yang dijalankan bersama VIBES melalui kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok di bawah agensi ini akan membantu serta menjadikan ia realiti,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Eizlan turut melancarkan koleksi Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena Ramadan dan Syawal selepas kejayaan jualan lebih 3,000 helai tahun lalu.

“Kurta ini mempunyai lapan warna pilihan dan ditawarkan dalam saiz sehingga 2XL,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.

Trending Thu, 1 Jul 2021

Sebanyak 1,738 Kes Bunuh Diri Dicatatkan Di Malaysia

Ingatlah orang yang tersayang♡✌

Hiburan Tue, 2 Jul 2024
Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Jangan Sorok Password’- Amyra Rosli Kongsi Tips Rumah Tangga

Kami selalu ingatkan diri masing-masing untuk membuang ego jauh agar isu tidak berpanjangan,

Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Trending Tue, 27 Jul 2021

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam […]

error: Content is protected !!