Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
FESYEN By: Padin February 19, 2025 @ 8:37pm

Mula Dengan RM50, SVG Worldwide Cipta Sejarah Tersendiri… Kini Bernilai RM5 Juta

Industri fesyen Malaysia mencatat detik bersejarah pada 8 Februari lalu apabila SVG Worldwide melancarkan pertunjukan fesyen solo pertamanya, Musim Bunga/Panas 2025, di The Yard, Sentul Depot.

Acara ini bukan sekadar sebuah pertunjukan fesyen biasa, tetapi satu peristiwa penting yang mentakrif semula fesyen jalanan (streetwear) di Malaysia.
Pengasasnya, Ashraf Anuar muncul sebagai nama besar dalam dunia fesyen dengan visi unik dan keberanian untuk mencabar norma industri.

Pada usia 25 tahun, Ashraf bukan sahaja berjaya meletakkan SVG Worldwide sebagai jenama fesyen bernilai jutaan ringgit, malah mencipta rekod dengan pertunjukan fesyen solo ‘streetwear’ terbesar di Malaysia, menampilkan 100 peragawan dan peragawati di pentas peragaan.

Bertemakan “The Journey”, koleksi ini mencerminkan evolusi artistik Ashraf sepanjang perjalanan seninya deangan menggambarkan tahun-tahun penuh eksplorasi, ketekunan dan transformasi. Lebih daripada sekadar pertunjukan, acara ini menandakan peralihan SVG Worldwide ke era baharu, sekali gus mengukuhkan identiti dan kebebasan kreatifnya.

Perjalanan Ashraf dalam industri fesyen bermula dengan langkah kecil tetapi berani. Pada usia 18 tahun, Ashraf menjual pakaian terpakai dengan hanya RM50 di tangan. Keputusan untuk mencetak edisi pertama kemeja-T terbukti sebagai titik tolak kejayaannya apabila koleksi tersebut habis terjual dalam masa hanya beberapa hari.

Dari situ, SVG Worldwide berkembang menjadi syarikat bernilai lebih RM5 juta, membuktikan bahawa fesyen jalanan bukan sekadar trend, tetapi satu gerakan budaya.

“Saya mahu SVG Worldwide menjadi lebih daripada sekadar jenama. Ia adalah satu medium untuk berkongsi cerita dan mencerminkan nilai serta identiti generasi kini,” kata Ashraf yang terkenal dengan falsafah rekaannya yang menggabungkan seni penceritaan dengan elemen grafik unik, ilusi tiga dimensi dan tekstur eksperimental.

Pertunjukan fesyen kali ini turut membawa mesej lebih besar, mengangkat fesyen sebagai platform perbincangan budaya dan kesedaran sosial. Persembahan istimewa oleh Faizal Tahir sebagai penghormatan kepada Palestin menegaskan komitmen SVG Worldwide terhadap perjuangan kemanusiaan menerusi seni.

“Fesyen bukan sekadar pakaian. Ia adalah refleksi masyarakat, budaya, dan isu semasa. Saya mahu setiap koleksi membawa makna yang lebih mendalam,” ujar Ashraf.

Eksperimennya dalam format persembahan fesyen juga telah mencipta impak tersendiri. Sebelum ini, Ashraf mengejutkan industri dengan mempersembahkan koleksi di trek perlumbaan sepanjang 800 meter di Petronas Sepang International Circuit, membuktikan bahawa fesyen boleh hadir dalam pelbagai bentuk yang inovatif.

Dengan pelaburan RM3 juta bagi menjayakan pertunjukan ini, Ashraf menetapkan penanda aras baharu untuk jenama fesyen tempatan. Dengan kombinasi inovasi, estetika kontemporari, dan keberanian untuk mencabar konvensi, SVG Worldwide bukan sekadar sebuah jenama kerana ia adalah satu gerakan fesyen global yang baru bermula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 14 Aug 2019

Lazada Malaysia Partners Up with KL Fashion Week for Its 2019’s Runway

Now getting designer brands got 100 times easier!

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

FESYEN Wed, 13 May 2026

MCC Menerusi The Textile Project Hidupkan Semula Warisan Songket & Kelingkan Malaysia

Malaysian Craft Council (MCC) berjaya menganjurkan The Textile Project Soirée, sebuah acara budaya berprestij yang menjadi kemuncak kepada The Textile Project, iaitu inisiatif memelihara dan menghidupkan semula warisan tekstil tradisional Malaysia seperti tenunan Songket Kelantan […]

Events Tue, 27 Aug 2019

“Yes, I Do”- WAF X Marriott Bridal Event Is Not Your Typical Wedding Scene And Here’s Why

Marriott X WAF 2019 push the boundaries of the wedding scene in Malaysia.

FESYEN Fri, 17 May 2019

Jom Intai Gaya Koleksi Raya 2019!

Cantik-cantik semua kan? Jemput cuci mata semua…

FESYEN Wed, 31 Jul 2019

Actress Farah Nabilah Gives E! News on Tips to Looking Flawless in the Perfect Fit

Malaysian actress Farah Nabilah shares with us to her secret tips on giving the blush to her perfect fit! Finding the perfect shade to your skin tone has always been a struggle for literally anyone […]

FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

error: Content is protected !!