Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 24, 2025 @ 12:59pm

Penyanyi Sambilan Dipercayai Mati Dib*nuh Teman Lelaki

Seorang penyanyi sambilan yang juga ibu kepada tiga anak ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Pokok Mangga, pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun difahamkan menyewa di kediaman tersebut bersama kekasihnya sejak lima bulan dan ditemui dalam keadaan terbaring atas katil.

Teman serumahnya yang enggan dikenali berkata, dia menyedari pasangan itu tidak keluar dari bilik sejak Jumaat lalu dan terdengar suara orang menahan kesakitan, namun tidak mengesyaki apa-apa pada malam Sabtu.

Menurutnya, pada pagi Ahad, dia merasa curiga kerana pasangan tersebut masih belum keluar bilik, lalu mengetuk pintu bilik mangsa sebelum lelaki terbabit membuka pintu sedikit. Keadaan bilik pada waktu itu agak gelap dengan tingkap yang ditutupi langsir.

Dia berkata, dia hanya dapat melihat mangsa terbaring atas katil dan suspek memberitahu bahawa mangsa sedang tidur.

Rasa curiga kemudian mendorongnya untuk menghubungi seorang lagi rakan mangsa yang sering membantu menghantar mangsa keluar bekerja sebelum rakan tersebut juga bertindak menghubungi pihak polis.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati kehadiran Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong, serta Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Namun, sehingga kini pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Menurut sumber, polis menemukan mayat wanita yang berlumuran darah di atas katil, dengan suspek berada berdekatan dalam keadaan cedera.

Selain itu, dua bilah pisau kecil yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemukan di rumah teres dua tingkat tersebut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat, manakala suspek yang cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

 

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jul 2021

Beri Kebenaran Kilang Beroperasi Jika 80 Peratus Pekerja Lengkap Dos Kedua

Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kelonggaran kepada syarikat atau kilang yang 80 peratus pekerjanya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin untuk beroperasi semula. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  perkara itu masih […]

Featured Mon, 1 Dec 2025

Anak Alahan Teruk, Zahirah Macwilson Serahkan Kucing Kepada Ameera Khan

Menurut Zahirah, Isaac sangat menyayangi kucing berkenaan namun, alahan yang dialaminya menjadi semakin sukar untuk dikawal.

Trending Sun, 29 Oct 2023

Kreatif! Nak Elak Hijab Berkedut Selepas Selesai Gosok? Wanita Ini Kongsi Tips Buat Tempat Sangkut Tudung DIY

Lurveee ❤️❤️Sesuai sangat untuk yang suka gosok tudung banyak-banyak sekali harung!

Featured Sun, 28 Jan 2024
Hiburan Thu, 26 Dec 2024

Amalkan ‘Liquid Diet’, Sweet Qismina Hilang 10 KG Dalam Masa Sebulan Demi Filem Babah

Nafi jalani pembedahan bariatrik, Sweet Qismina berjaya hilang 10 kg

Trending Tue, 5 Mar 2019

Paris Hilton ucap tahniah kepada Syahrini

Selamat pengantin baru Syahrini dan Reino! 

Featured Mon, 6 Apr 2026

Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”

Pelakon Kamal Adli berkongsi momen paling sukar untuknya apabila mengimbau kembali saat melafazkan talak kepada isterinya bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Hiburan Tue, 19 Aug 2025

Ulasan Konsert: Tulus & Juicy Luicy Pacu Ruang Inspirasi Festival 2025, Hidupkan Emosi Penonton

Festival ini menampilkan Tulus & Juicy Luicy dengan kehadiran lebih 8,000 penonton.

Events Sat, 28 Sep 2024
error: Content is protected !!