Hiburan By: SGMS Enal January 29, 2018 @ 6:18am

Kongsi Pengalaman Perkahwinan Barakah Tanpa Modal Puluh Ribu

Seiring zaman yang semakin moden, perkahwinan dilihat seperti festival keraian dengan lagu yang mengiringi pengantin, buah tangan yang diperbuat daripada kaca atau kristal, bukan lagi bunga telur cara tradisional, baju, pelamin yang terlalu gah dipenuhi bunga segar.  Semua itu duit! Senang cerita, tiada duit, tiadalah perkahwinan.

Walhal, perkahwinan dalam islam jauh bezanya seperti langit dengan bumi.  Rukun yang menghalalkan nikah hanya lima.

  • Pengantin lelaki (Suami)
  • Pengantin perempuan (Isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul (akad nikah)
Ternyata tiada pelamin dengan bunga segar diperlukan, jurugambar dilengkapi dengan ‘drone’, baju dihiasi manik dan songket yang beribu ringgit harganya serta kelengkapan lain yang dirasakan WAJIB ada setiap kali isu perkahwinan dibangkitkan.

 
 
Shafiqah yang pernah tular satu masa dulu kerana mengahwini seorang lelaki ber’tattoo’ namun beliau tidak cepat melatah kerana seperti apa yang pernah beliau katakan dahulu, “suami ber’tattoo’ inilah yang akan sentiasa mengingatkan dirinya ketika masuk waktu solat, dan menjaga aurat isterinya daripada pandangan orang lain.”
 
Terbaru, Shafiqah berkongsi kisah mereka suami dan isteri ketika melangsungkan pernikahan dengan hanya RM3000.  Gambar pula menggunakan tripod kamera yang harganya kurang daripada perkhidmatan fotogarafi yang RM2000-RM3000 kosnya.  Ikuti kisah Shafiqah yang boleh dijadikan rujukan kepada pasangan yang ingin melangsung perkahwinan dengan prosedur wajib mengikut islam serta modal yang rendah untuk jamuan orang ramai.
 

Kami nikah sempoi je.


Just buat kenduri doa selamat RM 500. Papa pesan pada saya permulaan kahwin lagi banyak nak pakai duit. So Papa langsung tak susahkan kami nak bernikah. Senang cerita Allah permudahkan segala urusan pernikahan kami melalui famili Papa saya di Melaka. Happy kami bila Allah kurniakan saya seorang bapa yang sangat memahami dan faham agama.

Kami nikah buat yang wajib je, so semua urusan nikah kami keluarga sebelah Papa saya yang uruskan. Belanja nikah semua anggaran dalam 3k saja, termasuk kenduri doa selamat, pakaian pengantin, upah jurunikah, saksi dan lain-lain. Paling best… inai pun saya tak pakai hahaha! Rileks je kahwin sarung cincin.

Takde malam berinai
Takde pelamin
Takde makan beradab
Takde Flowergirl
Takde acara potong kek
Takde upacara renjis renjis
Takde upacara baling tepung, campak beras macam bagi ayam makan 

Paling best… TIADA HUTANG LOAN DIBUAT sepanjang pernikahan kami! Pheewiiittt! Bahagia hiduppp 

Pastu kami balas dendam lah… HONEYMOON sakanlah kami merata kahkahkah! Inilah antara hikmah NIKAH BUAT YANG WAJIB saja yang dulu sebab selebihnya kita pergi BERCUTI HONEYMOON sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH SWT.

Nak best lagi… bab photographer memang kami jimat 2-3 ribu sebab kami beli TRIPOD, setting camera dan edit sendiri… hasilnya pun kami puas hati… fuhhh!

Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang mahu didustakan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikecam Kerana Pakai Emas Ketika Tunai Umrah, Ifa Raziah Sangkal Kejian Netizen

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 46, dikecam netizen akibat foto yang dikongsikan ketika menunaikan umrah. Gambar tersebut menunjukkan Ifa sedang berdiri di hadapan Kaabah dan netizen tidak senang duduk apabila melihat barang kemas […]

Fab Foodies! Mon, 12 Nov 2018

累了不靠喝咖啡!专家激推「6种提神食物」

随着科技不断的进步,每天被即时通知追着跑,繁重的工作量与满档的行程,加上忙碌社交生活让人喘不过气,精疲力竭的你每天早上总是起不来吗?

Hiburan Mon, 13 Nov 2017

WEDDING DRESS YUNA?

Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”

Featured Sat, 11 Feb 2023
LIFESTYLE Thu, 29 Mar 2018

5 Tips Tentang Khasiat Bawang Putih

Bawang putih nampak sahaja kecil tetapi banyak khasiatnya diantaranya

Hiburan Fri, 17 Feb 2023