Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 1, 2025 @ 3:59pm

Mengaku Penakut, Nadiya Nisaa ‘Minta’ Doa Pada Ustaz Sebelum Mulakan Penggambaran Filem – “Saya Memang Akan Baca…”

Pelakon Nadiya Nisaa mengaku memilih naskhah lakonannya apatah lagi jika ia melibatkan cerita bergenre seram.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia sukar mengawal emosi sekaligus mahu mengelak daripada menonton atau terlibat dengan sebarang penggambaran filem bergenre sedemikian.

Bagaimanapun, Nadiya atau nama penuhnya,  Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, berkata, keputusannya untuk terlibat dalam filem ‘Polong’ kali ini adalah disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap kualiti dan kredibiliti pengarah yang mengendalikan projek tersebut.

“Saya sendiri memang seorang yang penakut, jadi saya tidak mahu masuk dalam dunia itu.

“Tetapi selepas pengalaman pertama bersama dengan pengarah filem Harum Malam, Dain Said saya terasa dekat dengannya. Dia juga berjanji untuk menyediakan persekitaran yang selamat semasa sesi penggambaraan.

“Sebenarnya, saya terima bukan sahaja sebab kenal secara peribadi tetapi sebab karya mereka.

“Saya tahu cerita ini bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi akan ada nilai dan kualitinya,” katanya.

Nadiya Nisaa berkata demikian ketika ditemui usai majlis pelancaran filem ‘Polong’ yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya baru-baru ini.

Ketika disoal bagaimanakah cara untuk dia mengatasi perasaan takut, Nadiya menjelaskan, ketika terlibat dalam naskhah seram pertamanya, dia ada bertanya kepada kawan-kawan untuk mencari Ustaz bagi menyediakan doa sebagai pendinding diri.

Dan, doa itu akan dibaca sepanjang menjalankan penggambaran filem tersebut selain tiba di set penggambaran untuk melihat sendiri bagaimana proses persiapan penggambaran dilakukan.

“Untuk pengalaman yang pertama saya memang bertanya pada kawan-kawan ada tak kenal ustaz untuk provide doa pada saya.

“Jadi sebelum pergi set atau lokasi saya akan baca doa tu. On set pun saya akan keep on baca doa tu then zikir dan juga semasa proses penggambaran berlangsung saya juga akan tiba awal supaya saya tahu bagaimana rupa sebenar mereka set up lokasi atau solekan yang digunakan para pelakon.

“So, itulah yang overcome kita punya perasaan,” jelasnya.

Tambahnya, sepanjang proses penggambaan filem seram, dia tidak pernah berdepan dengan pengalaman mistik.

Selain Nadiya Nisaa, antara pelakon hebat yang bakal membintangi filem ini adalah, Mimi Lana, Namron, Junainah “June” M. Lojong, Fad Annuar dan ramai lagi.

Sekadar info, filem ‘Polong’ akan mula menjalani penggambaran pada Mei 2025 dan bakal menemui penonton diseluruh negara pada tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Oct 2024

Siapakah Bakal Merebut Gelaran Juara #XTRAXSTAR2024? Jom Recap Lima Video Top Peserta

Wah, tak sabarnya min nak tunggu finale #xtraxstar2024 ni!

Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Featured Sun, 29 Jun 2025

Siti Nurhaliza Dedah Datuk K Fobia Lihat Dirinya Bertarung Nyawa Melahirkan Cahaya Mata

Datuk K mengalami perasaan fobia itu ketika dia melahirkan anak sulung mereka, Siti Aafiyah.

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Kilafairy Kini Popular Di Pentas Antarabangsa?

Kilafairy, 26 berkata beliau sama sekali terkejut apabila mendapat tahu bahawa lagunya itu telah menduduki carta pertama iTunes di Papua New Guinea sejak dilancarkan pada 16 Februari lalu

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Naim Daniel Selesa Tanpa Teman Wanita

Girls, korang tunggu kejap ok?

Trending Tue, 20 Mar 2018

‘Ya Itu Anak Kami’- Datuk K Terkilan Gambar Anak Tersebar

Umum ketahui, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuannya. Namun, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti juga memerlukan masa yang sesuai untuk berkongsi kepada peminat mengenai gambar anaknya.

Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Fri, 24 Apr 2026

“Saya Bangga Lihat Mamat, Wajah Dia Lebih Segar & Cara Bercakap Pun Berbeza” – Ajai

Ajai meluahkan rasa bangga apabila melihat perubahan positif rakan seperjuangannya, Mamat Exists yang kini bangkit daripada fasa terendah dalam hidupnya. 

error: Content is protected !!