Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 2, 2025 @ 5:13pm

Dapat Sentuhan Pengarah Zulkarnain Azhar… Filem ‘Polong’ Bakal Jalani Penggambaran, Tampilkan Mimi Lana, Namron, Nadiya Nisaa & Ramai Lagi

Seiring dengan perkembangan pesat industri perfileman, genre seram terus menjadi kegemaran ramai penonton.

Menyedari potensi ini, Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) tampil dengan filem sulung mereka berjudul Polong.

Pengarahnya, Zulkarnain Azhar, berkongsi bahawa dia tertarik untuk mengarahkan filem ini kerana jalan ceritanya yang unik dan penuh makna.

“Polong membawa tema tentang dosa silam, warisan yang ditinggalkan, serta akibat yang tidak dapat dielakkan akibat perbuatan masa lalu, khususnya berkaitan amalan ilmu hitam.

“Ia bukan sekadar filem seram biasa, tetapi turut menjadi simbolik kepada kegelapan yang mungkin wujud dalam diri kita sendiri, sama ada akibat kesalahan masa lalu atau trauma yang belum diselesaikan,” jelasnya.

Kisah Polong berkisar tentang Maria Hadi, seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam dan dibayangi dosa silamnya. Namun, ketika di penghujung hayatnya, dia cuba mencari keampunan.

Dalam usahanya, Maria terpaksa menyerahkan polong belaannya kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Namun, selepas kematiannya, polong itu bangkit dengan dendam, menyebabkan pewaris Maria terpaksa berdepan dengan sumpahan yang ditinggalkannya.

Filem ini bakal memulakan penggambaran pada bulan Mei dan menampilkan barisan pelakon popular seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong, dan Nadiya Nisaa.

Filem Seram Taruhan GSPSB

Sementara itu, penerbit eksekutif, Onn Norshal Hamzah, menjelaskan bahawa GSPSB memilih genre seram sebagai projek sulung mereka kerana yakin dengan sambutan yang sentiasa tinggi terhadap filem sebegini.

“Pemilihan Polong dibuat melalui perbincangan mendalam, dengan mengambil kira potensi komersial yang tinggi serta daya saing dalam pasaran filem tempatan dan antarabangsa.

“Dengan kualiti penceritaan, produksi yang mantap, serta permintaan tinggi terhadap filem seram, GSPSB yakin Polong mampu memberi kelainan dan memenuhi standard tinggi dalam industri,” katanya.

 

Menyentuh tentang pemilihan Zulkarnain sebagai pengarah, Onn menekankan bahawa pengalaman pengarah itu menjadi faktor utama.

“Zulkarnain telah membuktikan kemampuannya menerusi kejayaan beberapa filem terdahulu seperti Takluk, Air Force, dan J Revolusi.

“Kami percaya, dengan kepimpinan Zulkarnain, Polong bakal menjadi naskhah yang dinanti-nantikan pencinta filem tempatan yang sentiasa dahagakan karya berkualiti dan komersial.

“Kerjasama dengan 10 Star Cinemas Sdn. Bhd. sebagai pengedar dan agen pemasaran juga merupakan langkah strategik dalam memastikan filem ini mencapai sasaran pasaran yang ditetapkan.

“Kami yakin dengan kepakaran mereka dalam pengedaran dan rangkaian pawagam komuniti yang luas, Polong akan mendapat tempat di hati penonton,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

“Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah”

Isu Baitulmaqdis: “Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah” kata Faizal Tahir Sambil Tag Trump & Netanyahu

Trending Wed, 21 Apr 2021

Ibu, Bapa & 4 Anggota Keluarga Deen Hot FM Positif Covid-19

Ibu bapa dan empat anggota keluarga penyampai radio Hot FM, Deen disahkan positif Covid-19. Menurut Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 33, ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini sedang mendapat rawatan. “Saya baru […]

Featured Mon, 8 May 2023

Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Terlampau stress pun boleh effect kandungan juga. Semoga kuat Shu!

Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Zaidi Tanya Rakyat Malaysia Tentang Simpanan Mereka Untuk Masa Hadapan

Dari kecil, kita telah diajar untuk menabung wang simpanan demi kelangsungan masa hadapan. Tapi korang tahu tak sebuah kaji selidik yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai […]

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Ehem…#ZiGi Bercinta Balik Ke?

Nampaknya, dua selebriti ini mahu merahsiakan hubungan mereka bagi menjaga privasi lebih ketat daripada sebelum ini. Buat peminat #ZiGi, mesti anda happy sekarang kan? Yeay, kami pun tak sabar nak lihat pasangan popular ini bersatu kembali.

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

INSAF LAH WAHAI LAHANAT! FATHIA LATIFF DIKECAM LAGI

Semoga Fathia Latiff menjadikan komen dari netizen itu sebagai sesuatu yang positif untuk berjaya pada masa akan datang

Trending Sat, 28 Nov 2020
error: Content is protected !!