Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 4, 2025 @ 11:53am

Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu, Noraniza Idris Rugi Lebih Setengah Juta

Mendakwa perniagaan muruku jenama Che Ani Premium miliknya mengalami kerugian RM630,000 akibat ditipu oleh sebuah akademi latihan keusahawanan, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 57, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, sebentar tadi.

Menurut Noraniza, akademi berkenaan mengambil kira-kira 20,000 pek produk namun gagal membuat sebarang pembayaran seperti yang telah dipersetujui.

“Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiviti amal kebajikan sejak sekian lama. Namun, niat baik itu dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar sekitar RM3,000 secara berperingkat.

“Sejak menyedari ditipu pada Jun tahun lalu, saya kerap menuntut bayaran tetapi pelbagai alasan diberikan sehingga jumlah kerugian mencecah RM630,000.

“Kerugian itu merangkumi kos mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan logi syarikat itu dan pembayaran gaji pekerja,” katanya kepada XTRA.

Noraniza ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bersama anak keduanya, Fee Haiqal, 32, selepas mereka selesai membuat laporan berhubung perkara tersebut.

Terpaksa Kurangkan Jumlah Pekerja

Disebabkan kejadian ini, Noraniza terpaksa mengambil keputusan sukar dengan memberhentikan lebih 10 pekerja kerana tidak mampu menampung kos gaji mereka.

“Bagi memenuhi permintaan syarikat itu, saya menambah jumlah pekerja. Namun selepas kejadian ini, daripada 20 pekerja, kini hanya tinggal empat orang sahaja.

“Saya tidak boleh menutup perniagaan ini kerana ia adalah bisnes keluarga. Mahu atau tidak, saya perlu meneruskannya kerana kami masih menerima permintaan secara dalam talian,” katanya.

Beri Kesan Kepada Emosi

Pelantun lagu Hala Timur itu turut meluahkan rasa kesal kerana kejadian terbabit memberi kesan emosi bukan sahaja kepadanya, tetapi juga kepada anak-anak dan ahli keluarga yang telah berusaha membangunkan syarikat ini sejak setahun lalu.

“Apabila keadaan ini berlaku, saya kasihan tengok keadaan anak-anak kerana mereka sanggup tak tidur dan berjaga malam untuk pastikan kilang ini terus beroperasi.

“Saya nekad buat laporan polis ini sekurang-kurangnya kami dapat hak kami semula serta membantu orang lain supaya jangan terpedaya dengan orang begini.

“Saya harap mereka yang terbabit ini melihat artikel ini supaya tampil ke depan memberi kenyataan kenapa melakukan penganiayaan begini agar syarikat lain pun boleh lebih berhati-hati,” katanya.

Difahamkan, akademi berkenaan sebelum ini menawarkan platform jualan bagi produk makanan seperti muruku yang diusahakan oleh Noraniza.

Namun, kegagalan mereka memenuhi perjanjian telah menyebabkan penyanyi itu menanggung kerugian besar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Nov 2019

Amacam…Power Tak ‘Mimpi’ Versi Protege Mentor Milenia 2019?

Bila member ajak lepak, ginilah jadinya…

Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Sat, 13 Dec 2025

“Dia Sampai Berguling Atas Lantai” – Fasha Sandha Akui Hati Luluh, Mental Perlu Kuat Demi Anak

Fasha Sandha bagaimanapun menegaskan dia tidak menyesal bergelar anak seni

Trending Fri, 24 Jul 2020
Trending Mon, 20 Sep 2021

Bersembunyi Di Kondominium Mewah, Sajat Sudah Ditahan Pihak Imigresen Thailand

Usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, dilaporkan sudah ditahan oleh pohak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Penahanannya dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand selepas mendapat informasi mengenai keberadaan Sajat […]

Trending Fri, 25 May 2018

小女娃「丰盛茂密头发」全家人都被她的头发萌哭

这名来自澳洲雪梨的「小女娃」Alexis Bartlett刚满6个月大,她从一出生就是大家的焦点,因为她有着一头非常茂盛的秀发,出门在外常常吸引路人的目光。

Cahaya Mata Sun, 7 Aug 2022

Teruja Sambut Zuriat Kedua, Akim Ahmad Pilih Nama Isa

Tahniah Akim & Stacy! Welcome Baby Isa ❤️ simple and sweet je kan nama baby 😍

error: Content is protected !!