Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 5, 2025 @ 3:45pm

Ambil Semangat Aliff Syukri, Duo Pereka Fesyen Muncul Dengan Lagu Raya ‘Si Gadis Lebaran’

Dua pereka fesyen dari FM Group, Farel Mikhail dan Jonathan Kok, kini melangkah ke dunia muzik dengan menerbitkan lagu raya pertama mereka berjudul Si Gadis Lebaran.

Lagu yang dinyanyikan oleh Aliff Azman ini merupakan hasil ciptaan bersama Tya Amida dan Farel sendiri, menjadikannya percubaan berani duo ini dalam bidang seni.

Menurut Farel, yang juga Pengarah FM Group, idea untuk menerbitkan lagu ini timbul selepas melihat kejayaan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dalam industri muzik.

“Tak dinafikan memang ada yang cakap, kalau dah jadi designer tu, tak payah sibuk nak cipta dan terbitkan lagu. Fokus sahaja dunia fesyen katanya.

“Bagi saya dan Jonathan, tak salah kami nak mencuba sesuatu yang baharu. Lagi pun fesyen dan dunia seni saling berkaitan. Belum cuba belum tahu.

“Biarlah apa orang nak cakap, kami ambil semangat Datuk Seri Aliff Syukri yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Lihat beliau, orang nak kata apa sekalipun, dia tetap teruskan menyanyi.

“Beliau adalah inspirasi kami. Semangat serta keberanian yang beliau tonjolkan dalam media sosial sebenarnya memberi dorongan kepada kami mahu pun orang lain yang mungkin masih ragu-ragu membuat keputusan dan takut menanggung risiko.

“Berani mencuba dan tahu apa yang dia mahukan, menjadikan beliau berada di tahap sekarang. Jadi, kami terinspirasi untuk terlibat sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit lagu Si Gadis Lebaran.

“Lagi pun, takkan Aliff Syukri je nak ada lagu raya. Kami pun nak juga. Selain itu, antara tujuan kami buat lagu raya ini bukanlah sekadar nak memeriahkan sambutan Syawal dan industri muzik, tapi juga nak berkongsi bakat dalam bidang penulisan lagu,” katanya.

Farel berkongsi perkara ini ketika ditemui dalam acara Beautiful Malaysia: Celebrating Malaysia Foods, Arts, Culture and Fashion di Grandmama’s, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara itu turut dihadiri oleh Ketua Pemasaran dan Jualan Grandmama’s, Nancy Tan bersama Chef Raja Kamarzaman.

Si Gadis Lebaran: Mengangkat Keunikan Wanita Melayu

Lagu Si Gadis Lebaran mengisahkan seorang wanita yang tampil anggun dan bergaya di pagi raya, dengan kejelitaannya semakin terserlah apabila mengenakan busana tradisional Melayu.

Farel turut mengakui bahawa lagu ini merupakan langkah awal untuknya lebih serius dalam industri muzik.

“Ketika membuat lirik lagu ini, saya terbayangkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ini kerana, penampilan beliau yang sinonim dengan imej wanita Melayu.

“Bukan itu sahaja, beliau juga antara penyanyi yang mempunyai banyak lagu raya yang popular dan menjadi siulan ramai.

 

“Beliau juga merupakan bintang yang sentiasa memartabat budaya Melayu. Kami kagum sangat, di sebalik nama besar yang dibina, beliau tak pernah lupa akar budaya kita,”* katanya.

Selain itu, percubaan Farel dalam penciptaan lagu ini turut membuka ruang untuknya meneroka potensi yang lebih luas dalam bidang muzik.

“Ada juga yang bertanya, kenapa tidak kami saja yang nyanyi lagu tersebut. Sebenarnya saya tiada bakat dalam menyanyi, tapi dalam cipta lirik dan melodi tu, saya berusaha yang terbaik dalam menggilap bakat yang ada.

“Saya sebenarnya serius dalam bidang ini, selepas ini mana tahu saya boleh cipta lagu dan bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL). Insya Allah, kalau ada rezeki, kita tak mampu tolak.

“Namun, masih banyak yang perlu saya belajar lagi. Kena buat banyak buat research, hadiri kelas yang sesuai dan mungkin dalami seni muzik. Semua itu perlukan proses,”* katanya.

Memartabatkan Busana Tradisional di Beautiful Malaysia

Dalam acara Beautiful Malaysia, FM Group turut mempersembahkan koleksi 13 rekaan busana wanita Melayu yang diinspirasikan daripada negeri-negeri di Malaysia.

“13 jenis rekaan busana wanita Melayu di Malaysia yang kami bawakan bukan sahaja sesuai dipakai ketika hari raya, malah pada hari lain juga. Boleh dikatakan juga 13 rekaan itu mewakili setiap negeri di Malaysia.

“Rekaan bermotifkan songket serta batik ini berinspirasikan wanita Melayu misalnya Puteri Perak untuk negeri Perak, Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), Kebaya Sulam (Pulau Pinang), Kurung Riau (Johor) dan banyak lagi.

“Untuk 13 rekaan ini, saya turut bekerjasama dengan pereka fesyen dari Sarawak, Melakar, Pulau Pinang dan Kedah dalam memenuhi tema tradisional wanita Melayu.

“Sebenarnya cantik dan unik sekali memakai baju raya tema ini. Warisan turun temurun ini harus diteruskan generasi hari ini. Siapa lagi nak martabatkan imej busana tradisional kita, kalau bukan kita sendiri,” ujarnya.

Farel percaya bahawa acara seperti Beautiful Malaysia memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan mempromosikan identiti budaya Malaysia.

“Fesyen, sama seperti makanan dan seni, adalah alat yang kuat untuk memelihara dan mengembangkan identiti budaya kita agar dapat kekal relevan dan meriah untuk generasi akan datang.

“Secara tidak langsung, kami juga menyahut usaha kerajaan memperkasa, memelihara dan memulihara sejarah, budaya dan warisan negara agar kita dapat mencintai budaya yang menjadi lambang tradisi dan pelengkap kepada identiti serta tamadun masyarakat berbilang etnik,” tambahnya lagi.

Acara Beautiful Malaysia turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Selain itu, FM Group yang juga penganjur festival fesyen Precious Of Malaysia telah menerbitkan buku Pesona Kebaya, yang menampilkan keunikan busana tradisional Melayu. Buku ini dilancarkan oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur pada tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Rahsiakan Penceraian, Sam Bunkface Mohon Maaf

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungannya bersama bekas isteri masih baik dan berkomunikasi bagi urusan anak.

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Trending Mon, 22 Feb 2021

Selebriti Kongsi Pandangan & Pengalaman Anak Mereka Belajar Melalui DidikTV KPM

Heboh diperkatakan tempoh hari apabila ada ibu bapa bertukar jadi singa di rumah kerana mahukan anak mereka fokus belajar. Bila dah berada di rumah, memang lain sikit suasananya. Maka, tidak hairanlah kadang-kadang ada pelajar yang […]

Trending Thu, 4 Nov 2021

Red Rahimad ‘Gunakan’ Ezad Lazim Dalam ‘Celup’

Nama penyanyi Red Rahimad mungkin masih asing dalam kalangan peminat dan pencinta muzik tanah air. Namun, itu bukan penghalang buat anak muda berusia 21 tahun ini untuk terus mengorak langkah dalam bidang diceburi. Bagi Red […]

Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

苏打绿解散风波爆内幕「家凯技术跟不上」

金曲乐团苏打绿2017年初开始休团3年,团员各自有工作计画,但6日爆出主唱青峰将单飞,团体可能会解散,虽经纪人林暐哲否认解散,但12日传出有内幕,乐团界爆料电吉他手家凯技术达不到经纪人要求,因此有意让青峰单飞,最后演变成解散传闻。

Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Wak Doyok Pilih Gadis Biasa Bukan Artis

Sebelum ini, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.

error: Content is protected !!