Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 6, 2025 @ 3:48pm

Cabar Diri Hafaz Surah Al-Kahfi, Ramai Puji Bacaan Betty Rahmad Sedap Didengar – “Dulu Semua Lagu Adele Saya Hafal”

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad menuai tumpuan selepas berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang menghafaz bacaan surah Al-Kahfi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Betty memaklumkan, sempena Ramadan kali ini, dia berharap dapat memanfaatkan masa untuk menghafaz surah-surah pilihan.

“Dulu semua lagu Adele saya hafal and suruh korang dengar.

“Sekarang nak gunakan masa yang ada hafal surah surah pilihan,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Betty, 43, berkongsi bahawa dia juga mahu mencabar dirinya untuk menghafal 10 ayat terawal dan terakhir daripada Surah Al-Kahfi meskipun surah itu dianggapnya sebagai salah satu surah yang paling mencabar.

“Tahun ni saya nak challenge myself untuk hafal 10 ayat terawal & 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dalam bulan Ramadhan ni.

“Surah yang sangat mencabar nak hafal dalam banyak banyak surah. Taktau kenapa, but doakan saya please.

“Jom semua cuba hafal satu surah dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, tak kira pendek or panjang yang penting kita cuba dan usaha,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Melihat ke ruangan komen, ramai rakan artis serta pengikut memuji bacaan surah Al-Kahfi oleh Betty yang merdu dan menyentuh hati.

Malah perkongsian tersebut juga meraih lebih 70,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Rabu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Apa status perkahwinan saya? Ini pengakuan Hunny Madu

‘Tonton video pengakuan” kata Hunny Madu.

Trending Mon, 3 Feb 2020
Featured Tue, 12 Apr 2022

Tauke Jambu Dan 4 Individu Didakwa Miliki Dadah

Sebelum ini Tauke pernah didakwa terhadap kes yang sama namun…

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

韩国天团 EXO五巡!1214引爆吉隆坡亚通体育馆

韩国超级天团EXO五巡《EXO PLANET #5 – EXPLORATION》即将今年12月14日,傍晚6时,引爆吉隆坡亚通万人体育馆!

Featured Sat, 5 Oct 2019
Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Thu, 10 Jun 2021

“Buat Laki Macam Hamba Abdi..”- Penonton Emosi Dengan Lakonan Didie Alias Dalam Drama Cukup Derita Itu

Penangan  Drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei lalu ternyata memberi impak di hati para penonton Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias , Chacha Maembong dan Farhan Asri. […]

error: Content is protected !!