Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin March 7, 2025 @ 5:21pm

Ada Luqman Podolski & Zeppo Youngsterz Crew! Elemen Unik Suasana Ceria Hari Raya & Unsur Lawak Seram Dalam Lagu ‘Cerita Malam Raya’

Elemen unik dengan menggabungkan suasana ceria Hari Raya dan unsur lawak seram menjadi tunjang lagu Cerita Malam Raya.

Hasil kolaborasi antara ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski dan Zeppo Youngsterz Crew, lagu Cerita Malam Raya berkisar tentang sebuah keluarga yang berkumpul pada malam Raya dan mengalami kejadian yang mendebarkan tetapi menghiburkan.

Sempena Hari Raya, ZUS Coffee mengajak orang ramai untuk mencipta momen istimewa melalui

Lagu berjudul Cerita Malam Raya adalah sebahagian kempen Sembang-Sembang dengan ZUS anjuran ZUS Coffee.

Kempen ini menggalakkan perbualan santai bersama secawan kopi, sebuah lagu dan sesi sembang mesra di setiap kesempatan sepanjang perayaan.

Menurut Pengarah Kreatif ZUS Coffee, Shafiqah Othman, projek ini mengingatkan mereka tentang kemeriahan sebenar yang tercipta apabila semua orang mengetepikan telefon bimbit dan benar-benar bersembang antara satu sama lain.

“Cerita Malam Raya menjadi projek yang mengingatkan kami tentang kemeriahan yang tercipta apabila kami mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain.

“Kerjasama seperti inilah yang mengingatkan kami tentang mengapa kami sangat menghargai bekerja dengan bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko Films, dan Zeppo Youngsterz Crew.

“Ini kerana bila kami bekerjasama, ia mencetuskan idea yang bergema dengan masyarakat,” katanya.

Muzik video Cerita Malam Raya boleh ditonton di saluran rasmi ZUS Coffee bermula 7 Mac.

Bersempena kempen ini, jenama tersebut turut memperkenalkan pelbagai tawaran menarik sepanjang Ramadan dan Raya, termasuk diskaun bagi Bottled Necessity 1L untuk Iftar.

Turut dilancarkan termasuk Siri Jagung yang merangkumi Sampul Raya, Sticker Raya, Sembang Raya Keychains, dan ZUS Raya Card Game, direka khas untuk mencetuskan perbualan bermakna semasa perhimpunan perayaan.

Selain itu, Cabaran Tarian Cerita Malam Raya juga diperkenalkan, di mana pelanggan berpeluang memenangi kopi percuma selama setahun dengan mempamerkan tarian terbaik mereka menggunakan lagu Cerita Malam Raya.

Dengan inisiatif ini, ZUS Coffee terus memperkukuhkan peranannya dalam mencipta pengalaman yang bukan sahaja memanjakan selera, tetapi juga menyatukan hubungan sesama insan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019
Featured Wed, 15 May 2019
Acara Wed, 20 Nov 2019
Featured Fri, 12 Jun 2020
Featured Tue, 26 Jun 2018

Pening Kepala Sebab Pokai Beraya? Ini Tip Untuk Tebalkan Kembali Dompet Anda

Mulalah tertanya-tanya, cukup ke duit yang ada untuk survive?

Acara Fri, 1 Nov 2019

Nikmati teh dengan cara berbeza, menerusi makanan!

Pelbagai resipi daripada teh BOH, menarik!

familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

Gaya Hidup Tue, 24 Dec 2019
error: Content is protected !!