Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 10, 2025 @ 1:54pm

“Keputusan Kahwin Dua Adalah Keputusan Bersama” – Azlan Komeng Mohon Netizen Jangan Jadi ‘Batu Api’, Henti Minta Isteri Tuntut Cerai

Pelakon Azlan Komeng tampil memberikan respons susulan keputusannya untuk berkahwin dua seperti yang tular sebelum ini.

Katanya, dia menjelaskan mengenai perkara itu menerusi platform media sosialnya agar orang ramai di luar sana berhenti membuat spekulasi jelik terhadap rumah tangganya.

“Aku tak nak cakap banyak, aku cuma buat video ni untuk menjelaskan beberapa perkara yang mana aku tak perlu pun untuk berkongsi dengan semua orang. Hanya kerana ingin menyampaikan sedikit pesanan atau teguran.

“Jadi soal aku nak berkahwin lagi, aku dah berbincang dan sudah bercakap dengan isteri aku termasuklah menjelaskan perkara itu bagaimana dan sebagainya dan alhamdulillah, isteri aku pun tidaklah menghadapi masalah dalam isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini juga berharap agar netizen tidak mengapi-apikan isterinya, Nur Nilam Ortiz untuk berpisah dengannya.

“Kepada kawan-kawan atau orang yang melihat di luar, satu pesanan dan nasihat aku tak perlu sampai nak sampai mengapi-apikan isteri aku untuk berpisah dengan aku okay.

“Sebab aku tak rasa aku ada buat perkara yang salah dalam hal ini. Dan alhamdulillah aku tetap juga mengambil pandangan dan mengambil berat atas apa yang isteri aku suarakan.

“Jadi sebaiknya, sama ada anda semua suka atau tak suka, terima atau tak terima… doakan sahaja perkara yang baik-baik. Mudah-mudahan segala perkara yang baik-baik juga akan kembali kepada anda semua,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Drama Thu, 23 Oct 2025

Tampil Elemen Melodrama & Thriller, Erma Fatima Kupas Sisi Gelap Cinta Dan Obsesi Dalam ‘Toksik Cinta’

Erma mengupas batas antara cinta dan obsesi, serta bagaimana keinginan untuk memiliki boleh bertukar menjadi racun yang memusnahkan.

Trending Fri, 3 Jul 2020

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Disember

Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali

Featured Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Video Tak Berhijab Rakaman Lama, Nabil Tak Sengaja Kongsi” – Zira Ayub

Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub menafikan tuduhan dirinya tidak lagi berhijab ketika berada di luar negara.

error: Content is protected !!