Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 10, 2025 @ 2:32pm

Salah Isi Borang Punca Kes Lafaz Taklik Along Cham Ditunda

“Berapa sebenarnya lafaz taklik yang nak disahkan hari ini? Dakwaan ini sepatutnya kena dibuat dengan teratur”.

Demikian keputusan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi ketika sebutan kes pengesahan taklik membabitkan pelakon dan pelawak, Along Cham terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Rendah Sepang, pada Isnin itu ditangguhkan pada 8 Mei depan susulan kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan yang memerlukan plaintif (Along) membuat pindaan dalam dokumen tuntutan.

Selain itu, Along juga perlu mendapatkan khidmat peguam untuk mewakilinya.

Memetik laporan Kosmo, Muhamad Nazri memaklumkan, dakwaan yang dikemukakan haruslah dibuat dengan teratur  mengikut proses dan tanpa huru hara.

“Dakwaan ini sepatutnya kena dibuat dengan teratur. Nyatakan lafaz pertama bila termasuk rujuk atau tidak.

“Minta betulkan dokumen. Berapa sebenarnya lafaz yang nak disahkan hari ini?

“Datang semula ke mahkamah. Boleh bicara tanpa huru-hara kena ikut proses betul-betul, lantik peguam,” katanya.

Dalam pada itu, pihak defendan (Afreena) juga dibenarkan untuk mengajukan pembelaan pada prodising akan datang.

Terdahulu, Along hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz taklik bersama ibu dan adiknya.

Manakala, Afreena pula hadir ditemani peguam, ibu bapanya dan rakan keluarga yang menjadi saksi perkahwinan mereka.

Untuk rekod,  pada 28 Januari, Along atau nama penuhnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, mahu memfailkan lafaz taklik selepas mendakwa isterinya itu melanggar tiga perkara yang dieprsetujui  termasuklah membelakangkan suami.

Sekadar info, ini adalah perkahwinan kedua Along selepas mendirikan rumah tangga bersama Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkawinan pertamanya itu, Along dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Sep 2024
Featured Wed, 22 Sep 2021
Featured Mon, 23 Oct 2023

Lebih ‘Deep’! Pamer Persembahan Luar Biasa, Fourtwnty Bikin 1,500 Peminat ‘Puas’

Persembahan Fourtwnty semuanya gokil. Sampai jumpa di tour selanjutnya!🖐️

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Trending Mon, 23 Apr 2018

Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Demi Anak-Anak, Adira Tak Jadi Cerai

Semoga kesudahan yang baik-baik saja buat keluarga Adira dan Datuk Red.

error: Content is protected !!