Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 12, 2025 @ 2:41pm

14 Tahun Membesar Di PPR, Iman Troye Tolak Ditahan Di Hospital Demi Kongsi Rezeki… Agih 500 Ayam Percuma Kepada Jiran Lama

Penyanyi Iman Troye mengimbau kembali kenangan zaman kecilnya ketika membesar di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Selayang.

Kawasan itu menjadi tempat tinggalnya sejak berusia dua tahun hingga 16 tahun, menjadikannya penuh dengan memori indah.

Sebagai penghormatan kepada tempat yang pernah menjadi rumahnya, Iman memilih PPR Taman Wahyu sebagai lokasi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perfume Paradise bersama syarikat rakaman naungannya, XO House mengagihkan 500 ekor ayam secara percuma.

Keterujaannya semakin bertambah apabila dapat bertemu kembali dengan keluarga angkat serta rakan-rakan lama ibu bapanya.

“PPR Taman Wahyu ini tempat saya membesar. Rumah lama masih ada, cuma tiada siapa yang tinggal di situ lagi. Banyak kenangan manis di sini.

“Saya memang selalu datang untuk melihat rumah lama kerana masih ada kenalan di kawasan ini. Tapi tahun ini pertama kali saya kembali dengan tujuan seperti ini.

“Tadi, dalam barisan penerima sumbangan ayam, saya sempat bertemu dengan mak angkat dan rakan-rakan ibu bapa saya. Seronok sangat dapat berjumpa semula dan dapat berkongsi rezeki dengan mengagihkan ayam,” katanya.

Di sebalik kesibukan menjalani aktiviti Ramadan, Iman mendedahkan dia dikejarkan ke hospital pada Selasa akibat masalah kesihatan membabitkan bahagian tekak dan telinga.

Meskipun doktor menyarankannya untuk berehat dan ditahan di wad, penyanyi berusia 22 tahun itu tetap memilih untuk meneruskan jadual kerjanya.

“Saya ke hospital hanya untuk mendapatkan ubat kerana tekak dan telinga sakit. Telinga kanan langsung tidak dapat mendengar, manakala tekak pula bermasalah kerana terlalu banyak menyanyi tanpa henti.

“Selepas konsert, saya terus sibuk dengan pelancaran album tanpa berehat. Sepatutnya saya ditahan di wad, tetapi saya hanya menerima rawatan di bahagian kecemasan kerana masih ada kerja yang perlu saya siapkan,” jelasnya yang masih memakai gelang putih dari hospital.

Iman turut mengakui bahawa doktor telah menasihatkannya supaya berehat secukupnya sehingga kesihatannya kembali pulih.

Namun, kerana tanggungjawab kerja yang masih belum selesai, dia memilih untuk menangguhkan waktu rehatnya sehingga selepas Aidilfitri.

“Doktor memang marah sebab saya tak mahu berehat, tapi ini tanggungjawab saya. Sekarang saya akan selesaikan semua komitmen dahulu, nanti raya baru saya berehat.

“Memang ada risiko untuk kesihatan, tapi saya percaya kalau kita ikhlas bekerja, rezeki akan sentiasa dipermudahkan,” ujarnya.

Selain Iman, rakan artis XO House yang lain seperti Dalia Farhana, Zubir Khan dan Alya Mardien turut hadir memeriahkan acara CSR terbabit.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Faiqah Amran, program CSR ini merupakan kesinambungan daripada Konsert Galau yang menampilkan barisan artis XO House, di mana jenama wangian itu berperanan sebagai penaja utama.

“Selepas konsert, kami mahu terus memberi kembali kepada masyarakat. Program ini bertujuan membantu mereka yang memerlukan serta meringankan beban penduduk setempa.

“Pemilihan lokasi PPR Taman Wahyu bukan sekadar kebetulan, tetapi juga membawa makna tersendiri, Iman Troye pernah membesar di sini.

“Dia menyatakan rasa terharu dapat kembali memberi sumbangan kepada komuniti yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya,” katanya.

Perfume Paradise berharap untuk meneruskan lebih banyak inisiatif kebajikan seperti ini pada masa akan datang, sekaligus memberikan impak positif kepada masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Dikecam Pakai Baju Ketat, Shima Anuar ‘Sembur’ Balik Netizen

Pelakon, Shima Anuar membidas secara berhemah kritikan netizen terhadap pemakaiannya ketika sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Kena Pijak? Zizi Kirana Sindir Siapa?

Zizi Kirana kena pijak? Siapa pijak Zizi Kirana?

Featured Mon, 20 Sep 2021
Trending Wed, 12 May 2021

Isu Ain Husniza: Guru SMK Puncak Alam Ditempatkan di JPN Selangor Sehingga….

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan mengenai isu seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada seorang murid. Menerusi kenyataan […]

Featured Mon, 16 Sep 2024
Hiburan Sun, 10 Mar 2019

Sayang Punya Pasal, Zara Zya Sanggup Hasilkan Supplement Untuk Kucing!

Beshetik juga dah makin berat, 13 kg dah tau!

Hiburan Mon, 19 Aug 2024

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin) – Peguam Azmi Rais

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Doa yang baik-baik semua…

Trending Mon, 24 Dec 2018

PowerPoint做动画!网路神人精彩绘制东京车站

谁说打开Microsoft Office,就只能打报告、做模型、准备简报这种基本文书处理?

error: Content is protected !!