Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 15, 2025 @ 2:55pm

Lagu Raya ‘Syawal Rindu’ Kolaborasi Sulung Black Hanifah & Adira Suhaimi

Penyanyi popular, Black Hanifah dan Adira Suhaimi kini tampil  dengan lagu raya baharu mereka pada tahun ini berjudul Syawal Rindu, yang menjanjikan sentuhan emosi dan nostalgia buat peminat muzik tanah air.

Lagu dengan gabungan melodi syahdu serta lirik yang menyentuh perasaan ini mengisahkan tentang  kerinduan dan kasih terhadap keluarga serta kenangan lebaran yang tidak dapat diraikan bersama orang tersayang.

Dicipta oleh Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan, dan Kelana dengan lirik oleh Aiman Zaidi, lagu ini menampilkan gabungan vokal mantap daripada Black dan Adira sekaligus menjadikan kolaborasi ini satu karya raya yang istimewa.

Menurut Black, lagu ini memiliki makna yang mendalam kerana ia menggambarkan situasi ramai individu yang tidak dapat pulang ke kampung halaman atau beraya bersama keluarga.

“Saya percaya ramai yang akan dapat menghayati mesej dalam lagu ini, terutama mereka yang berjauhan daripada insan tersayang pada musim perayaan.

“Kesenian dalam lirik dan melodi lagu ini mampu menyentuh perasaan setiap pendengar, membawa mereka merasai betapa pentingnya kasih sayang dan kebersamaan, terutamanya apabila jarak dan waktu menjadi penghalang untuk bersatu di tengah kemeriahan Aidilfitri.

“Semua ini disampaikan dengan penuh penghayatan dalam bait-bait lirik, mencipta gambaran nyata tentang kerinduan yang mendalam yang mungkin dialami oleh ramai orang di luar sana,” katanya.

Manakala, Adira turut meluahkan rasa teruja dapat berduet bersama Black menerusi lagu tersebut.

“Saya amat bersyukur dan teruja dapat menyampaikan lagu ini bersama Black. Kami saling memberi inspirasi dan sokongan, sekali gus mencipta suasana kreatif dan penuh semangat.

“Saya juga bersyukur dapat menimba ilmu daripada Black, seorang penyanyi berpengalaman dan berbakat dalam industri muzik.

“Dengan kolaborasi ini, saya yakin lagu ini akan menjadi sesuatu yang istimewa dan mampu menyentuh hati peminat.

“Ditambah dengan lirik yang mendalam, saya berharap pendengar dapat lebih menghayati sambutan Aidilfitri menerusi lagu ini,” kongsinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Janna Nick, Mawar Rashid Pula Buat Ucapan Berbayar?

Dalam masa sama, Janna memberitahu dia tidak bimbang dengan hal berkenaan dan menganggap ia sebuah persaingan sihat.

Drama Sun, 16 Apr 2023

Drama Kontroversi Anak Tuan Bakal Bersiaran Malam Ini, Pamer Babak Viral Fasha Sandha Tercedera

Allahu, mesti best ni kalau dah fasha dan azhan rani bergabung🔥🔥🔥

Featured Wed, 7 Sep 2022

“Memang Sangat Penat” – Sharifah Sakinah Ulang Alik Sweden Jumpa Suami

Kenalah berkorban kan demi anak dan suami.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

FESYEN Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Trending Tue, 30 Apr 2019
Trending Thu, 23 Aug 2018

Suspected Peeping Tom Passes Away After Beaten Up by Social Justice Warriors

The people involved in beating the man up might be charged for murder!

Featured Fri, 13 Jan 2023

Didie Shazry Tampil Dengan Single Kedua Joget Jiwa Lara!

Penyanyi Didie Shazry muncul dengan single kedua daripada Joget Made In Malaysia berjudul Joget Jiwa Lara hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hazim Yunan dan Amrul Amran manakala liriknya pula tulisan penulis lirik Azam Dungun. Lagu Joget […]

error: Content is protected !!