Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 2, 2024 @ 7:57am

[VIDEO] Saling Unfollow Di Instagram, Sufian Suhaimi Jawab Status Hubungan Dengan Kekasih – “Cincin Merisik Dah Dipulangkan”

“Cincin merisik dah dipulangkan pada minggu kedua Ramadan. Namun, kami masih lagi baik dan tiada isu di antara satu sama lain.”

Demikian penjelasan penyanyi Sufian Suhaimi mengenai spekulasi hubungannya bersama kekasih, Rania Al-Sadat didakwa renggang ekoran masing-masing tidak lagi saling mengikuti di laman sosial Instagram.

Ditemui di majlis Iftar Raya 2024 anjuran Rusa Music dan MVM di Geno Hotel, Subang malam tadi, pelantun lagu Harus Aku itu menjelaskan biarpun mereka kini membawa haluan masing-masing, Sufian dan Rania masih berkawan dan menjalin hubungan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sama Cantik, Sama Padan! Sufian Suhaimi Didakwa Hantar Rombongan Merisik ‘Sayang’?

ARTIKEL BERKAITAN: Video Merisik Tular Bukan Gimik, Sufian Suhaimi Akui Dah Bersedia Nak Tamatkan Zaman Bujang – “Saya & Rania Rancang Kahwin Pada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Sorok Kekasih, Sufian Suhaimi Bakal Kahwin Tahun Ini – “Rasa Nak Buat Small Wedding Je, Nak Intimate”

Hubungan merisik tu sudah tiada

“Saya dan dia masih lagi berkawan, termasuk dengan ahli keluarga masing-masing. Cumanya, hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Kami terima dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.

“Bahkan, sejak keputusan tersebut dibuat, kami masih lagi berjumpa dan berhubung. Namun bila cincin sudah dipulangkan, masing-masing kenalah hormati status. Buat sementara waktu, kami ambil pendekatan untuk beri ruang kepada diri kami.

“Keputusan tersebut dilakukan secara bersama sebab kalau nak diikutkan, perancangan untuk bernikah tu sudah ada sejak tahun lepas. Cuma ada beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk kami bincangkan dengan mendalam,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Cincin merisik dah dipulangkan di minggu kedua Ramadan. Belum jodoh Baby Pian. Jodoh, ajal, maut semua Allah tentukan, so jom doa yang baik-baik okay? 🤲🏻💖 #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #sufiansuhaimi #sufiansuhaimimerisik #raniaalsadat ♬ original sound – XTRA

Enggan tergesa-gesa.

Tambah pelantun lagu popular Menggenggam Bahagia ini, peralihan ke fasa seterusnya dalam hidup tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

“Masing-masing berpendapat hal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Bukan saya nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa juga untuk adakan majlis merisik, tetapi bila semakin dekat dengan tarikh nikah, kami berdua berbincang mengenai kehidupan masing-masing.

“Jadi bila berbincang, kami fikir mungkin perlu ‘take a step back’ untuk fikir masak-masak. Bukan nak kata kami tidak sehaluan, cuma perkara yang dirasakan tidak sesuai untuk saya dan sebaliknya.

Hikmah di sebalik adat

“Bagi saya itulah perkara baik di sebalik adat yang kita langsungkan sebelum ini. Kita merisik bukanlah bermaksud kita sudah berkahwin. Ia adalah proses untuk saling mengenali. Apa pun saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali dan menghormatinya.

“Keluarganya juga sangat baik sehingga ke hari ini. Kami juga sampai sekarang mengharapkan kebahagiaan buat diri masing-masing. Siapa tahu, jodoh di tangan Tuhan. Kemungkinan kita pun akan bahagia bersama-sama juga. Mungkin ada peluang untuk kembali sebagaimana sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekaligus mencetuskan spekulasi samada penyanyi itu sudah bertunang.

Sufian menjelaskan ia sebenarnya adalah majlis merisik yang dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.

Namun pada Mac lalu, warganet mulai membuat spekulasi membayangkan kedua mereka tidak serapat dulu memandangkan masing-masing tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Jun 2026

Ayda Jebat Dedah Suami Kena ‘Try’, Siap Terima Nota & Ajak Buat Business – “Sekarang Penyondol Bukan Perempuan Je, Lelaki Pun Boleh!”

Ayda Jebat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi antara pengalaman yang sukar dilupakannya bersama suami, Nabil Mahir.

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Diserang Penyakit Misteri, Fendy Bakry Makin Pulih

Tambah Fadzil, kesihatan Fendy bertambah baik hasil berkat doa mereka yang tidak pernah jemu memberikan kata semangat untuk pelakon itu sembuh seperti sedia kala.

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Kalau Berjaya Masuk AJL34, Usop Nak Buat Kenduri!

Jom doakan Usop, boleh kita makan kenduri nanti!

Events Wed, 24 Aug 2022

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Banyak je ‘orang kaya’ macam ni 😌 Bak kata Ning Baizura, That’s not classy at all!

Hiburan Wed, 23 Aug 2023
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

[VIDEO] Cik B Jumpa ‘Bomoh Tulang’, Ikhtiar Cara Kampung Mahu Cepat Sembuh

Cik B rawat lutut cara kampung, jumpa bomoh tulang

#LaguXTRA Thu, 20 Jul 2023
error: Content is protected !!