Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin March 16, 2025 @ 3:51pm

Barisan Selebriti Gred A Curi Tumpuan di Singapura

Barisan selebriti gred A terkenal seperti Fattah Amin, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Nora Danish, Aina Abdul dan Sophia Albarakbah mencuri tumpuan di Kota Singa.

Kejayaan enam duta selebriti jenama Amber di bawah Usanita Sdn Bhd semakin terserlah apabila jenama fesyen itu berjaya menembusi pasaran Singapura, menerusi penyertaan di pesta raya CelebFest baru-baru ini.

Mereka menjadi daya tarikan utama yang membantu meningkatkan populariti Amber di peringkat serantau.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Usanita, Shafiq Ikhwan, kehadiran selebriti ini bukan sahaja melonjakkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya, malah mengukuhkan jenama Amber di luar Malaysia.

“Kami yakin pemilihan duta ini adalah strategi tepat kerana mereka bukan sahaja berpengaruh, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama Amber. Kehadiran mereka telah menarik perhatian ramai, sekaligus meningkatkan jualan koleksi Romantics Raya,” katanya.

Tambahnya lagi, kolaborasi bersama selebriti terkenal membuktikan bahawa pengaruh mereka dalam dunia fesyen memberi impak besar, sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk jenama Amber berkembang ke luar negara.

“Selebriti bukan sahaja menjadi inspirasi kepada peminat, malah mereka berjaya membawa Amber ke tahap lebih tinggi, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kami melihat ini sebagai langkah penting untuk mengukuhkan jenama di pasaran serantau,” jelasnya.

Amber Jadi Tumpuan di CelebFest

Festival tiga hari CelebFest yang berlangsung di Pusat Konvensyen Suntec City merupakan antara acara beli-belah terbesar menjelang Aidilfitri, menghimpunkan jenama terkenal serta selebriti dari Malaysia, Singapura, dan Brunei.

Sebagai penaja utama, Usanita Sdn Bhd berjaya menarik perhatian pengunjung dengan koleksi eksklusif Romantics Raya di bawah jenama Amber, sekaligus mencipta impak besar dalam festival berprestij itu.

Shafiq menyatakan bahawa penyertaan di CelebFest bukan sekadar peluang untuk menjana jualan, tetapi juga sebagai platform terbaik untuk mengukuhkan kehadiran jenama di peringkat antarabangsa.

“Bagi Usanita, CelebFest bukan sekadar acara jualan biasa. Ia adalah tempat pertemuan jenama terkenal, selebriti, serta usahawan serantau yang berkongsi inspirasi dan membina jaringan. Di sinilah peluang besar untuk kami mengembangkan jenama ke pasaran yang lebih luas,” katanya.

Berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima, Usanita kini lebih yakin untuk membawa jenama Amber ke tahap lebih tinggi dan memperluaskan pengaruhnya di luar Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan selebriti berpengaruh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 12 Apr 2018

Gaya Koleksi Raya di Publika bermula 12-15 April, Jom Bergaya Sakan Aidilfitri ini!

Fesyen macam mana agaknya korang nak gayakan di pagi raya nanti? Kalau korang ketandusan idea, jom ke Publika untuk lihat rekaan menarik daripada pereka-pereka fesyen terkemuka tanah air. Ayuh!

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

FESYEN Sat, 3 Mar 2018

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

FESYEN Fri, 5 Apr 2019

Harga Mampu Milik! Dapatkan Telekung Nur By Arjana

Jangan risau, korang boleh dapatkan potongan harga sebanyak 10% dengan mangaktifkan kod promosi di www.blancheur.co. Diskaun harga ini terhad sehingga 10 April 2019!

Events Thu, 10 Oct 2019
FESYEN Fri, 16 Aug 2019

Malaysian’s Sweethearts Zahirah Macwilson And Aiman Hakim Tells It All On E!News

Malaysian’s Sweethearts  Zahirah Mac Wilson and Aiman Hakim are set to tie the knot next year, making their fans go.. The two initially met on the set of “Curi Curi Cinta” drama and what started […]

error: Content is protected !!