Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 20, 2025 @ 1:32pm

[VIDEO] Terbuka Berkolaborasi Bersama, Joe Flizzow Sanggup Terima Bayaran Rendah Kembali Kongsi Pentas Bersama Malique – “RM1 Pun Saya Buat”

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow, mengakui menerima banyak tawaran untuk berkongsi pentas dengan rakan seperjuangannya, Malique, selepas timbulnya spekulasi bahawa bekas ahli kumpulan Too Phat itu bakal membuat kemunculan semula.

Ketika ditemui XTRA, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak bagaimanapun menegaskan belum tiba waktu yang tepat untuk mereka kembali bergabung.

“Memang banyak tawaran yang datang untuk saya dan Malique beraksi bersama. Kalau nak kira nilainya, memang cukup tinggi.

“Tapi bagi saya, wang bukan segalanya. Mungkin ada pihak penganjur yang berfikir bayaran besar boleh mempengaruhi keputusan saya, tapi ia bukan semudah itu.

“Sejak dia aktif di Instagram, semakin ramai penganjur cuba menghidupkan kembali Too Phat di pentas,” katanya.

Joe berkongsi perkara ini ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Universal Music di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, pada Rabu.

Walaupun belum ada kata putus, penyanyi rap berusia 46 tahun ini tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama semula dengan Malique, namun menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada sahabatnya itu.

“Insya-Allah, kita doakan yang terbaik. Jika Malique mendengar apa yang saya katakan ini, segalanya terpulang kepada kamu, bro. Saya sentiasa bersedia.

“Saya terbuka untuk berkolaborasi dengannya, tak kisah berapa bayarannya RM1 pun saya akan buat, malah kalau saya sendiri yang perlu bayar pun, saya tetap sanggup,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai kepulangan Malique ke industri muzik, pelantun lagu Satu Malam Di Temasek itu lebih memilih untuk berdiam diri bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

“Bagi saya, ini satu momen istimewa buat dunia hip hop. Kita semua merindukan kehadiran dan suaranya.

“Sudah lama kita menantikan dia kembali. Malique pun sebelum ini sudah berkolaborasi dengan beberapa artis baru.

“Buat masa sekarang, kami belum lagi berhubung. Jadi saya lebih selesa untuk tidak bercakap lebih kerana tidak mahu mencetuskan sebarang andaian,” katanya.

@xtra_my

Min boleh bayangkan kalau Joe Flizzow kembali beraksi dengan Malique! Ramai yang rindu Too Phat kan #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #joeflizzow #terbuka #berkolaborasi #bersama #malique #kembali #kongsi #atas #pentas

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sekadar info, Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim mengejutkan peminat apabila kembali muncul di media sosial pada Februari lalu.

Sejak itu, ramai yang mula membuat pelbagai spekulasi dan meluahkan keterujaan melihat idola mereka kembali aktif dalam dunia maya.

Sebagai rekod, Joe dan Malique menubuhkan Too Phat pada tahun 1998 sebelum membawa haluan masing-masing pada 2007. Malique kemudiannya memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia hiburan dan tidak lagi muncul di kaca televisyen.

Artikel Berkaitan: Pengikut Di IG ‘Meledak’ Dalam Tempoh Dua Hari, Malique Beri Bayangan Kembali Aktif Di Media Sosial

Artikel Berkaitan: Dokumentari ‘This Is Johan’ Rungkai Kisah Perjalanan Joe Flizzow Selepas Too Phat Bubar – “Saya Tak Perlu Merayu Pada Malique Untuk…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Elfira Loy Sudah Hamil?

Dalam pada itu, Elfira turut memuat naik story yang menunjukkan beliau seakan mengidam asam jeruk. Selalunya ibu-ibu mengandung memang macam ni. Dah bagi hint ke tu?

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

TAKZIAH! Anak Bob Lokman Meninggal Dunia

Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital.

Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Featured Fri, 8 Nov 2024

“Serius You Memang Kuat! Saya Dengar Pun Sedih” – Saling Berbalas DM, Netizen Sebak Tengok Fazura Bawa Lagu Bertahan Demi Cinta Seorang Diri

Walupun dikritik dek kerana nyanyiannya yang sumbangm, Fazura bagaimanapun tidak berkecil hati sebaliknya….

Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Selesai Jalani Pembedahan, Anak Kongsi Keadaan Terkini Shamsul Ghau Ghau

Shamsul Ghau Ghau sebelum ini disahkan alami strok, pendarahan beku di otak kiri

error: Content is protected !!