Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2025 @ 5:06am

Sempat Beramah Mesra Dengan Pengunjung & Peniaga, Menteri Komunikasi Rasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merasmikan festival membeli belah Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 yang berlangsung di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi, lewat malam tadi.

Sudah bermula sejak Khamis, festival berterusan selama 80 jam itu dijadualkan berakhir pada Isnin.

Sempat meluangkan masa melawat bazar, berinteraksi dengan para peniaga serta pengunjung, Fahmi memaklumkan dia telah berbincang dengan pihak penganjur mengenai beberapa inisiatif bagi menambah kemeriahan festival tersebut.

Dalam acara perasmian yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta Pengasas dan Pengarah Urusan Starvendors, Ifa Raziah, hadirin yang datang turut dihiburkan dengan persembahan daripada Aisha Retno dan Agy.

Bagi edisi kali ini, karnival Starvendors diadakan di lokasi baharu iaitu KL Base Exhibition Center, Sungai Besi menampilkan kawasan jualan tertutup yang beroperasi 24 jam sehari.

Kawasan tertutup menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, produk kecantikan, kuih raya serta dekorasi rumah manakala zon terbuka pula menempatkan gerai makanan yang dibuka dari jam 3 petang hingga 6 pagi.

Lebih 50 artis dan pempengaruh terlibat sebagai vendor, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fizz Fairuz, Ashraf Muslim, Ayu Damit dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 May 2018

7 Simple Ways Malaysians Can Show Love to Animals Including Strays!

There is a way to ensure cats and dogs no longer become strays.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sulli is Back with a Brand New Reality Show!

Sulli has been quiet for a while so this upcoming appearance is something to look forward to.

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Bridal Shower Nelydia Senrose Meriah

Cantiknyaaaa lahaiiii Nelydia nih!

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

[VIDEO] “Buka Aib Orang Puas Sekejap Saja, Tapi Dosa Kekal Selamanya” – Ira Kazar 

Puas hati dedah aib itu sekajap saja tapi akan menyesal sebab tanggung dosa – Ira Kazar

error: Content is protected !!