Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 24, 2025 @ 5:56pm

Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun – “Sharnaaz Berjaya Pujuk & Beri Dorongan”

Pelakon versatil, Shukri Yahaya membuat kemunculan semula menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga, arahan Syafiq Yusof setelah lima tahun ‘berehat’ dari dunia perfileman.

Ketika ditemui XTRA, Shukri, 36, berkata selain teruja untuk bekerja di bawah arahan Syafiq, kehadiran rakan baiknya, Sharnaaz Ahmad, turut menjadi faktor utama yang mendorongnya menerima tawaran ini.

“Sudah lama saya tidak berlakon filem, dan saya anggap ini peluang terbaik untuk kembali. Lebih-lebih lagi, projek ini diarahkan oleh Syafiq Yusof, seorang pengarah berbakat yang saya kagumi.

“Sebenarnya, bukannya saya tidak mahu berlakon filem sebelum ini, tetapi kebanyakan tawaran bertembung dengan jadual drama. Kali ini, Sharnaaz sendiri yang memujuk saya, jadi saya cuba susun jadual sebaik mungkin dan akhirnya dapat terlibat,” katanya.

Shukri berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam majlis ‘meet and greet’ bersama barisan pelakon Blood Brothers yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Berkongsi lebih lanjut, Shukri menjelaskan bahawa dia mahu membuktikan kebolehannya dalam filem dan tidak mahu terus dikaitkan dengan watak dalam drama cinta dan emosi.

“Ada yang kata saya hanya sesuai bawa watak dalam drama. Bukan saya memilih, tetapi itu adalah rezeki yang datang.

“Jika selepas filem ini ditayangkan dan penonton melihat bakat saya dalam filem, saya bersedia untuk teruskan dalam bidang ini.

“Drama dan filem sangat berbeza. Dalam drama, saya sering bawa watak berkaitan cinta, keluarga atau kisah penuh emosi, tetapi filem memerlukan pendekatan lain,” jelasnya lagi.

Mendedahkan lebih lanjut, Shukri berkata sepanjang lima tahun tidak terlibat dalam filem, dia telah menolak lebih 10 tawaran yang diberikan kepadanya.

“Dalam tempoh itu, ada lebih 10 tawaran filem yang saya terpaksa tolak. Malah, ada beberapa tawaran yang saya kongsi dengan rakan-rakan pelakon lain, tetapi saya tidak boleh dedahkan siapa mereka.

“Saya percaya pada rezeki dan bersyukur melihat mereka berjaya membawa watak yang ditawarkan dengan baik,” tambahnya.

Selain Shukri dan Sharnaaz, Blood Brothers yang bakal ditayangkan pada 10 April ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh, dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 May 2026

“Dulu Pernah Minat Seseorang Berbadan Besar Tapi Tak Pernah Luahkan Perasaan Kepadanya” – Amir Ahnaf Cari Wanita Lemah Lembut & Penyayang

Amir Ahnaf mengakui dirinya mengimpikan seorang wanita yang mempunyai ciri keibuan selain mampu membesarkan dan mendidik anak-anaknya kelak dengan penuh kasih sayang.

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Ehem…Aedy Ashraf Tayang Wajah Buah Hati!

Cantik betul girlfriend Aedy ni kan?

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Arish Mikael Kembali Mengukir Jiwa! Antara Puisi Dan Rautmu Sarat Emosi & Kejujuran

Antara Puisi dan Rautmu bukan sekadar lagu cinta biasa, sebaliknya menggambarkan perasaan seorang seniman yang jatuh cinta

Featured Tue, 20 May 2025

[VIDEO] Nora Danish Kongsi Tip Mengaji Al-Quran Ikut Cara Pernafasan Yang Betul

Nora berkongsi tip tersebut bagi memudahkan bacaan mengikut keselesaan pernafasan.

Hiburan Thu, 20 Feb 2025

Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

Ellie Suriaty kesal video parodi Imran Bard jejaskan reputasi didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah

Featured Tue, 26 Aug 2025

“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Abby mendoakan agar anaknya itu diselamatkan segera dari hubungan toksik.

Hiburan Fri, 25 Apr 2025

[VIDEO] “Hidup Ini Ada Penutupnya Juga” – Demi Keluarga, Misha Omar Pernah Terdetik Untuk Bersara

Misha Omar pernah terdetik untuk bersara demi ikut suami berhijrah ke luar negara

error: Content is protected !!