Euforia Bola 2026
Trending By: Nabihah March 27, 2025 @ 2:28pm

Raya Dengan AI? Lihat Macam Mana Teknologi Tak Boleh Kalahkan Tradisi

Pernah tak korang terbayang apa yang akan terjadi apabila tiga anak muda memilih untuk membuat persiapan raya di kampung?

Lebih epik, tiga anak muda ini bakal membuat persiapan perayaan di kampung sebelum kepulangan ibu bapa mereka!

Perancangan hari raya tiga sepupu yang harapkan semuanya dekat AI

Kisahnya bermula dengan tiga sepupu iaitu Ghaz, Putri dan Tiara yang super excited nak buat sambutan raya paling meriah!

Tapi kali ni, mereka ambil pendekatan luar biasa di mana semua perancangan raya berpandukan kepada bantuan AI.

Bermula dari dekorasi rumah, trend raya, menu hidangan, sampai ke baju raya, semuanya nak tanya teknologi!

Namun, apa yang berlaku seterusnya memang tak disangka!

AI mungkin pandai kira bajet dan pilih tema dekorasi yang ‘Instagram-worthy’, tapi bila tiba bab tradisi dan vibe kekeluargaan, AI tak dapat tolong sampai keadaan jadi huru-hara… Habis kelam kabut tiga sepupu tu.

Kehadiran orang kampung sebagai hero!

Bila dah panik tu baru nak minta tolong keluarga, datanglah orang kampung membantu persiapan Hari Raya Ghaz, Putri, dan Tiara.

Menawarkan kebijaksanaan dan pengalaman ‘orang lama’, mereka berjaya tunjukkan bahawa tiada teknologi yang boleh menggantikan ikatan kemesraan sesama insan, amalan tolong-menolong, kehangatan kasih sayang, dan tradisi keluarga.

Raya bukan sekadar sempurna di mata, tapi juga perlu ada sentuhan jiwa dan kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila.

Kempen ini bukan sekadar hiburan, tapi penuh dengan nilai sentimental buat mereka yang tech-savvy, suka gelak tawa, dan menghargai nostalgia drama Melayu.

Kombinasi elemen moden dan tradisional ini buatkan kita semua tersenyum, mengingatkan betapa pentingnya tradisi dan hubungan kekeluargaan dalam setiap perayaan.

Jadi, kalau nak rasa vibe raya yang moden with a twist dan penuh gelak tawa, jangan lupa tonton Raya G.P.T dari Takaful IKHLAS!

Confirm buat korang rindu suasana raya sebenar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Apr 2025
Trending Tue, 8 Dec 2020
Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Trending Sat, 23 Mar 2019

Video Viral Lelaki Bakar Diri Sendiri Disahkan Meninggal Dunia

Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat melumuri dirinya dengan minyak petrol sebelum mengeluarkan pemetik api dan membakar dirinya. 

Featured Thu, 16 Apr 2026

Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “

Norish Karman dilaporkan masih dalam keadaan lemah dan memerlukan pemantauan rapi selepas menerima rawatan di hospital.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Ramai Tak Puas Hati Adira Suhaimi Berguru Dengan Andika Putera, Empunya Badan Tampil Bersuara!

Alamak ramai betul ek yang marah Adira berguru dengan Andika

error: Content is protected !!