Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 4:25pm

Terima Sentuhan Magis Dari Stacy, Hafiz Zainal Buat ‘Comeback’ Penuh Makna! Hidupkan Memoir Dengan Jiwa & Emosi

Penyanyi dan doktor pergigian, Hafiz Zainal semakin dikenali menerusi penyertaannya menerusi program pencarian bakat popular, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di TV3.

Kembali dengan single solo ketujuhnya berjudul Memoir, lagu ini bukan sekadar karya biasa, tetapi sebuah perjalanan emosi istimewa kerana ia berasal daripada melodi ciptaan mendiang Chaq, abang kepada penyanyi Stacy.

Dengan sentuhan magis daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim, Memoir disempurnakan sebagai sebuah karya yang meneruskan legasi muzik Chaq, iaitu  menggabungkan emosi dan keunikan muzik yang tersendiri.

Berkongsi lanjut mengenai single ini, Hafiz berkata, pada awalnya lagu ini belum siap sepenuhnya dan Stacy bertanggungjawab melengkapkannya sebelum diserahkan kepadanya.

“Lebih kurang setahun selepas pemergian mendiang Chaq, Stacy memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa lagu peninggalan arwah abangnya.

“Lagu ini sepatutnya dinyanyikan oleh Stacy sendiri, tetapi dia merasakan genre dan emosi Memoir lebih dekat dengan saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Hafiz mengakui, mendenagr kepada melodi dan lirik sahaja dia dapat merasakan emosi dan keikhlasan yang kuat.

“Bila saya mendengar melodi dan lirik asal lagu ini, saya dapat rasakan keikhlasan dan emosi yang sangat kuat.

“Stacy menyiapkan lagu ini untuk meneruskan karya mendiang abangnya, dan ia menjadikan proses pembikinan Memoir lebih mendalam dan peribadi buat saya,” tambahnya.

Memoir menampilkan gabungan elemen muzik yang menarik, dengan melodi berinspirasi daripada lagu Cina tetapi dinyanyikan dalam gaya balada Melayu yang lebih dekat dengan jiwa pendengar tempatan.

Dalam pada itu, Hafiz menjelaskan cabaran dalam menyampaikan lagu ini adalah dia harus menyuntik elemen R&B dalam nyanyiannya untuk memberikan keunikan pada lagu berkenaan.

“Cabaran utama bagi saya ialah kawalan suara kerana julatnya luas, dari nada rendah ke tinggi, serta penggunaan pelbagai teknik vokal. Emosi lagu ini juga fleksibel, bergantung kepada cara penyampaian dan interpretasi pendengar,” jelasnya.

Manakala, proses rakaman Memoir berlangsung selama tiga jam dengan bimbingan daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim.

“Pengalaman bekerjasama dengan mereka sangat berharga dalam karier seni saya.

“Saya sangat selesa kerana cara kerja mereka begitu terperinci, ikhlas, dan penuh kreativiti. Setiap karya yang mereka hasilkan amat berkualiti dan mempunyai jiwa tersendiri,” ujarnya.

Tambah Stacy pula, lagu ini boleh dianggap sebagai memori kasih, baik untuk hubungan ataupun kenangan.

“Pada asalnya, lirik Memoir lebih bernuansa sedih, tetapi dengan gubahan Hang Nadim, ia dikembangkan menjadi lebih universal.

“Lagu ini boleh dianggap sebagai memori kasih, baik untuk hubungan yang masih mekar mahupun sebagai kenangan untuk hubungan yang telah tiada.” katanya.

Justeru, Hafiz berharap Memoir dapat menyentuh jiwa pendengar yang memiliki kenangan bersama insan tersayang, sama ada yang masih ada atau telah tiada.

Sekaligus, berharap lagu ini boleh melangkah lebih jauh, mendapat pengiktirafan di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) atau diabadikan sebagai OST drama atau filem.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Sep 2025

Hubungan Dengan Chubb-E Tidak Seakrab Dahulu, Rita Nadira Kini Berkawan Dengan Lelaki Berjambang

Rita Nadira kini lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi.

Hiburan Thu, 23 May 2024

Cuaca Panas Cecah 45.9 Darjah Celsius, Shah Rukh Khan Rebah Akibat Diserang Strok Haba

Alamak, hero Bollywood kita! 😣 Semoga baik baik saja

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Nazim Othman Atau Nazimah?

Apa cerita pulak ni…

Events Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Video Didakwa Sambut Krismas Undang Boikot… Pekin Ibrahim Kunci Mulut, Mona Allen Pula Kongsi Mesej Dakwah

Pekin Ibrahim, Mona Allen terus kunci mulut susulan dakwaan sambut Krismas

Drama Thu, 19 Jan 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bawah Blok’

Kisah lima sekawan yang ada ‘port’ tersendiri.

Hiburan Sun, 25 May 2025
error: Content is protected !!