Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 26, 2025 @ 9:31pm

Jadi Aktres Bukan Kerana Minat… Elfira Loy Buang ‘Introvert’, Sanggup Berlakon Demi Bantu Ibu Cari Duit

Pelakon dan pengacara, Elfira Loy, 31, berkongsi permulaan kariernya dalam bidang lakonan bukanlah atas minat, tetapi lebih kepada usaha membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menyara keluarga.

Dalam sesi podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira mendedahkan dia sebenarnya tidak berminat dengan dunia lakonan kerana sifatnya yang lebih ‘introvert’. Namun, pandangannya berubah apabila menyedari lakonan boleh menjadi sumber rezeki.

“Sebenarnya kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya saja. Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak.

“Masa pertama kali saya dapat bayaran, saya ingat lagi ketika itu saya buat teater. Selepas saya dapat bayaran, saya macam ‘eh dapat duit.. oh kerja ini boleh tolong ibu saya.’

“Walaupun saya memang tak suka berlakon dan merupakan orang yang introvert tetapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya buat. Ibu saya pun tak tahu yang saya tak suka berlakon. Saya buat-buat suka saja,” katanya.

Menurut Elfira, sejak kecil dia lebih suka memendam perasaan kerana memahami ibunya hanya bergantung kepadanya.

“Saya dari dulu suka pendam perasaan sebab ibu saya hanya ada saya. Kalau saya sedih, semestinya dia dua kali ganda sedih. Jadi, disebabkan itu, hati saya keras dan dibawa sampai sekarang,” katanya.

Kebergantungan Kepada Allah

Elfira turut mendedahkan sejak kecil dia lebih selesa berkomunikasi dengan Allah setiap kali menghadapi cabaran hidup.

“Saya memang dari kecil kebergantungan kepada Allah. Memang saya banyak cerita dekat Allah. Itu sahaja cara yang ada.

“Kalau ada perkara kecil terjadi, saya akan kongsi dengan adik-beradik. Dengan ibu saya, kalau saya tak cerita pun dia akan tahu,” ujarnya lagi.

Meskipun melalui fasa perpisahan ibu bapa yang memberi kesan mendalam, Elfira memilih untuk bangkit dan menjadi lebih kuat demi adik-beradiknya.

Usaha Menganjurkan Program Usrah

Tambah isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini, dia turut berkongsi sebab dirinya sanggup menggunakan wang sendiri untuk menganjurkan program usrah.

“Saya tak nak ada perasaan saya yang miliki semua ini. Bila saya ada duit, saya nak memberi. Itu yang saya buat kelas usrah. Memang itu adalah satu perasaan yang berat. Yela.. saya penat bekerja, kenapa perlu diberikan kepada orang lain?

“It’s always miracle. Apabila saya buat, saya nampak rezeki dari Allah dengan jelas,” katanya. Mungkin saya tidak dapat kasih sayang sebab dari kecil memang tak rasa dari keluarga.

“Disebabkan itu, apabila ada anak-anak, saya rasa sangat penting dan sanggup gadaikan segalanya termasuk karier dan masa muda. Saya nak anak-anak rasa kasih sayang sepenuhnya,” katanya menutup bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Gimik Untuk Popularkan Bidadari? Ismail Izzani Mula Bersuara…

Dalam masa sama, Ismail nafi mencipta kontroversi bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Artis Viral Shazriq Azeman Atur Langkah Baharu, Nyanyi OST Terlerai Noktah

Tiga tahun selepas klip nyanyian anak muda ini tular di media sosial, Shazriq Azeman, kini hadir bersama buah tangan baharu. Persembahan nyanyian rangkaian lagu-lagu Kamelia (Sweet Charity), Fall For You (Secondhand Serenade) dan Bohemian Rhapsody […]

Featured Sun, 18 Dec 2022
Hiburan Thu, 21 Dec 2017

IS DWAYNE ‘THE ROCK’ JOHNSON REALLY RUNNING AS PRESIDENT?!

From professional wrestler to movie star, now The Rock plans on becoming America’s next president?

Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Trending Thu, 20 Aug 2020

Dr Noor Hisham Abdullah Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1442H

Tahniah diucapkan buat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Trending Tue, 14 Jul 2020
Hiburan Wed, 21 Jan 2026

“Banyak Buaya Tak Berguna Dah Dikorbankan, Sesuai Jadi Handbag” – Ciapan Spontan Fazura Undang Tawa Warganet

Fazura membalas ciapan peminat yang meminta agar koleksi beg tangan dikeluarkan dalam kuantiti banyak

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bila Ke Panggung Wayang, Jangan PULANG Selagi…

Esok, filem Pulang bakal mula dipertontonkan kepada orang ramai. Karya hebat tulisan Mira Mustaffa ini pasti membuatkan anda tidak mahu berganjak daripada kerusi penonton. Kalau tak percaya, beli tiket esok! Team xtra.com berpeluang menghadiri majlis […]

error: Content is protected !!