Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2025 @ 12:46pm

“Pergi Ke Mana-Mana, Orang Akan Ejek-Ejek Saya” – Putus Tunang Pengalaman Sedih Dalam Hidup Elfira Loy, Dapat Hikmah Selalu Habiskan Masa Di Masjid

Tidak pernah membuka mulut ketika isu hangat diperkatakan beberapa tahun lalu, pelakon cantik Elfira Loy mendedahkan pengalaman putus tunang merupakan perkara sedih yang memberi kesan dalam kehidupannya.

Menerusi temu bual dengan podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira bercerita mengenai pengalaman putus tunang yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini.

“Jika ada satu perkara yang El ingat sepanjang El membesar, ada satu perkara atau apa-apa sahaja yang buat El rasa kalau betul-betul kalau ikut hati, El memang ‘breakdown’, tapi dengan kuasa Allah, El berjaya melepasinya. Apakah perkara terbabit?

“Kita kan akan ingat perkara yang paling sedih berlaku kepada kita, atau perkara yang happy. Saya pasti ada sesuatu yang memberi kesan dan akan ‘hit you’ selamanya,” soal Dayah.

Mengambil masa untuk menjawab soalan Dayah, Elfira bercerita dengan sebak kenangan yang meninggalkan kesan dalam kehidupannya.

“Sebenarnya, saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik beradik sejak umur 12 tahun. Saya rasa itu bebanan yang kuat.

“Sebenarnya yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu. Mungkin saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Ketika wartawan bertanya, saya memang diam, saya tak pernah cakap apa-apa.

“Saya tahu perkara itu akan menjurus kepada perkara yang lebih besar dan lebih salah. Saya cakap ke, tak cakap ke, benda itu akan ada salah, akan ada yang betul. Tapi benda tu adalah perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.

“Pergi ke mana-mana, orang akan ‘mock’ saya, orang akan buat lawak pasal saya dan saya tiada tempat untuk pergi. Saya pergi ‘mall’, orang akan gelak-gelakkan saya, orang akan nyanyi lagu, saya pergi makan, orang akan ejek-ejek saya. Orang ingat saya okay, tapi sebenarnya saya tak okay.

“Sebab selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip atau perkara macam tu. Tetapi disebabkan perkara lain, orang hilang hormat dekat saya. Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar disebabkan perkara ini,” katanya.

Namun begitu, Elfira turut berkongsi hikmah yang terjadi atas kejadian yang menimpa dirinya satu ketika dahulu.

“Tapi, perkara terbaik dah hikmah atas insiden itu adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju, jadi saya selalu habiskan masa di masjid. Itu merupakan titik perubahan dalam kehidupan saya.

“Ketika melalui masa itu, saya memang tak bercakap dengan sesiapa, sebab saya rasa tiada sesiapa yang boleh pertahankan saya. Jadi, saya hanya bercakap kepada-Nya. Dengan ibu saya pun saya tak bercakap kerana sudah tentu ibu saya marah kerana saya tidak mempertahankan diri saya.

“Memang 100 peratus saya bercakap dengan Dia dan Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak apa yang Allah bagi adalah semua perkara yang saya mahukan. Satu sahaja Allah tak bagi tetapi selepas itu banyak perkara yang Allah berikan,” katanya.

Bercerita mengenai penghijrahan diri, pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersyukur kerana mendapat respons positif daripada keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.

Katanya lagi, dia sentiasa berpegang dengan kata-kata ustazah yang dikenalinya.

“Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya. Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.

“Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat. Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.

“Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut. Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala,” katanya.

Menerusi sesi podcast sama, Elfira mendedahkan dia menceburi bidang lakonan bukan kerana minat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Aktres Bukan Kerana Minat… Elfira Loy Buang ‘Introvert’, Sanggup Berlakon Demi Bantu Ibu Cari Duit

Mendedahkan dirinya merupakan seorang yang berpesonaliti ‘introvert’, Elfira bergelar pelakon kerana mahu membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menyara keluarga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Video Duduk Atas Pangku Bapa Dikritik Terlalu Mesra, Ameera Khan Tegur Netizen – “Fikiran Kalian Yang Bermasalah”

Tidak berdiam diri, adik kepada Noor Neelofa itu tampil membidas komen negatif yang disifatkan sebagai pelik dan tidak masuk akal.

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

“Banyak Dapat Tawaran, Tapi Ia Bukan Pasal Duit” – Fasha Sandha Fokus Beri Komitmen Terbaik

Pelakon cantik, Fasha Sandha bersyukur dapat memberikan sepenuh komitmen.

Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Featured Wed, 7 May 2025
FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Sat, 4 Nov 2023
Trending Fri, 5 Apr 2019

Misi Pencarian Ashraf ‘Acap’, Ustaz Ini Kongsi ‘Laluan’ Kini Dibuka!

Menerusi perkongsian Ustaz Norazri di laman Facebook beliau, laluan ke alam ghaib dipercayai tempat di mana Acap berada kini telah dibuka. 

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7 : Akur Pilihan Siti Nordiana, Mimi Mahu Cuba Nasib Lagi Tahun Depan

Syamimi juga merupakan anak didik penyanyi Amir Ukays di mana dia sering mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis perkahwinan.

error: Content is protected !!